Selepas 2 tahun - After 2 years..

Thursday, July 7, 2016
1 Syawal..

Selamat Hari Raya semua,
Maaf Zahir & Batin..
Taqabbalallahu minna wa minkum.. 😘

Hari ini genap 2 tahun dah aku tak post dalam blog ni..

Bukan menghilang tapi memang terlupa dengan blog sendiri ni. Banyak betul benda yang berlaku dalam 2 tahun ni.

Untuk pengetahuan semua, aku take jadi sambung belajar kat Auckland atas sebab2 tersendiri 😂.

Sedih tapi insyaAllah ada peluang untuk sambung PhD lepas ni. Harapnya fully sponsor, x payah hutang2. Untuk memakluman semua aku sekarang tengah sambung master kat UPSI fully research dan kerja under geran salah seorang Dr di UPSI as a GRA.

Apa tu, GRA?GRA tu sebenarnya tugasnya macam RA, Research Assistant  tapi kalau GRA kena tambah Graduate depannya dan yang bestnye yuran pengajian ditanggung oleh universiti dan dapat elaun bulan2. Alhamdulillah. Rezeki Allah yang bagi. Itu pesanan mak masa aku decide nak berhenti jadi tutor kat ptpl.

Dalam bab melancong lupa aku nak cerita dua tempat aku dah pergi tahun lepas, Bandung & Bangkok. Bandung pergi vacation dengan ex officemate & Bangkok sebab ikut supervisor master aku present paper kat sana.

Nanti kalau ada kelapangan aku cerita tentang dua trip ni.

Oklah. Mata dah  mengantuk. Kena tidur dulu sebab esok round ketiga pula beraya.

Assalammualikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...