Hatyai Via Train

Tuesday, July 23, 2013
Alhamdulillah akhirnya hajat di hati untuk travel long distance naik keretapi termakbul jugak. 15 jun 2013 tarikh yang ktorg bertiga pilih untuk naik keretapi senandung langkawi ke Hatyai Thailand dari KL Sentral. Tiket telah kami book 2 minggu sebelum perjalanan takut sleep cabin coach full. Nasib baik ada lagi & tinggal cabin atas sahaja. Harga untuk cabin bawah RM60 dan cabin atas RM54. Untuk yang berbadan agak sedap2 tu memang dinasihatkan untuk ambil cabin bawah, kalau cabin atas takut tak naik2 atau tak turun2 dah. ;)
Keadaan dalam cabin
Mengikut apa yang dijadualkan masa bertolak adalah pada jam 9.20mlm (waktu malaysia) dan sampai di Hatyai pada jam 10.40pg (waktu thailand), masa thailand lambat sejam dari malaysia. Tapi tren delay & bertolak pada jam 10.40 mlm.

Jam 7.30 pagi kami tiba di stesen Padang Besar untuk proses imegresen . Kat sini kami terpaksa menunggu hampir 3 jam, siap boleh breakfast and fully charge handphone. Kat sini kepala tren malaysia perlu ditukar kepada kepala tren thailand and coach yang sebelum ini hampir 8 coach telah dikurangkan menjadi 2 coach sahaja. Mungkin ini sebabnya kami kena tunggu lama di sini.


Kawasan yang kami berdiri adalah bhgn thailand & depan je garisan maroon adalah bahagian malaysia.
Pukul 10.30 barulah kami dapat naik tren semula dan tiba di stesen Hatyai hampir jam 12.00 tengahari.


Depan hatyai station
Keluar2 je stesen beratur tuk-tuk menunggu. Since kitaorang pun belum book lagi hotel, we decide untuk jalan2 dahulu dalam pekan hatyai ni then barulah naik tuk-tuk. Jalan punya jalan akhirnya terjumpalah hotel yang berkenan dihati tapi dah lupa nama hotelnya. harga 850 baht around RM85 malaysia. Kira berbaloi jugak bilik luas kalau malaysia mesti RM100++.


Condition bilik kami
Petang after mandi & solat zohor ktorg pun siap2 cari makan tengahari area hotel. Restoren yang kami pilih adalah restoren Muslim Pattani. Alhamdulillah walaupun kat Hatyai ni banyak juga restoren yang jual makanan tak halal, tapi still ada restoren muslim Pattani. Sambil2 makan ktorg pun rancang destinasi yang nak dituju berdasarkan map JHatyai yang kami ambil kat lobi hotel tadi.

Lepas makan je kami tahan Tuk-tuk untuk ke Chang Puak Camp, di mana kat tempat ni kita boleh naik gajah sambil redah air sungai & hutan lebih kurang sejam perjalanan. Harganya 500baht around RM50. Since percutian kami adalah percutian BAJET niat dihati nak naik gajah terpaksalah di'cancel' kan. Takpe balik Malaysia boleh p Kuala Gandah. 


Tuk-tuk yang kami naik ke Chang Puak Camp


Bagi gajah makan banananana
Depan Camp

After selesai je bagi makan gajah, kami pun bergerak ke Khlong Hae floating market. Tapi nasib kami kurang baik sebab on d way ke sana cuaca dah start hujan. Xpe hujan kan rahmat. Kat sini semua peniaga menggunakan boat untuk jual barang2 jualan.



Dengar Songkla agak2 meremang tak bulu roma



Khlong Hae floating market

Jangan lupa bwk pancho bila jalan2 musim hujan


Nilah hasil yang ktorg dpt. Bekas air tanah liat 30baht + air kelapa



Malamnya kami jalan2 ke Night Market untuk cari ole2 untuk bwk balik Malaysia (bunyi macam jauh sangat). Kalau tak silap kat Hatyai ni ada 3 Night Market. First ktorg p yang jauh sikit ASEAN Trade Market. Kat sini ala2 macam Uptown kat Malaysia. Barang2 dia bolehlah. Harga lebih kurang macam Malaysia jugak tp sempat sempat jugak rembat handbag satu dua.


ASEAN Trade Market
Seterusnya kitaorg bergerak ke Night Market yang dekat skit denga Hotel kami. Area Lee Garden Hotel. Kat sini sempat lagi pekena Tomyam Thai. Tapi kat sini hope hati2 sebab peniaga kat situ suka2 je naik harga tomyam & lai che kang. Tomyam 100 baht=RM10. Lai che kang 70baht. Memang goreng habis.

Elephant


Fridge Magnet

Esoknya untuk sarapan kami makan kat Hamid restoren. Erm harga Malaysia okey lagi. Almaklumlah Hatyai adalah salah satu tempat paling mahal harga barang berbanding negeri2 Thai yang lain.


Hamid Restaurant

Menu set sarapan 100baht
Pas sarapan adalah sesi jalan2 sementara menunggu masa tren berlepas jam 4.00ptg waktu Hatyai bersamaan 5.00ptg waktu Malaysia.



McD Sawadikap



Motosikal bertiga, its normal here

Di tengah bandar Hatyai
Lunch kami makan kat Robinson. Makanan kat food court sini memang murah berbanding kat luar. ABC 30baht, mee celup 50baht. Tapi nak masuk Robinson ni kawalan agak ketat. Setiap orang kena security cek oleh pak guard since tahun lepas ada kes letupan kat sini dan ada yang meninggal dunia.

Mee celup thai + ABC
Ade ke?




Jam 4.00ptg kami pun bergerak pulang ke Malaysia. Sampai di Padang Besar, proses imegresen tak lah lama seperti pergi semalam. 20 minit je kami dah boleh naik tren balik. Sampai KL Sentral esoknya jam 5.00 pagi then balik rumah then siap2 terus kerja. Gila tak..hehe

Itulah serba sedikit pengalaman kami menjejak kaki ke Thailand lagi2 Hatyai yang merupakan kawasan yang agak bahaya juga. Tapi Alhamdulillah insyaAllah niat yang betul Allah sentiasa permudahkan jalan kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...