Netherland..bilalah mau ketemu

Saturday, May 11, 2013
Oh..Netherland..bilalah mau ketemu..
Sudah lama ku menanti2 kan dikau...
Sejak post yg lalu Netherland..
Jeles pada student yang dah ke sana...
Wait for me 5 tahun lagi ye Netherland...;)


Universal Studios Singapore

Friday, May 3, 2013
1 Mei 2013 bersamaan hari pekerja. 

Akhirnya aku berpeluang ke USS untuk cukupkan korum 4 org, haifa & 2 org kwnnya2.



But the best part, huhu waa aku tertinggal flight.
Sepanjang hidup aku tak pernah pulak tertinggal bas inikan pulak flight. Aish macam mana lah aku x tgk boarding pass sebelum tidur.

Aku gerak dari rumah after subuh, then nad terus hantar aku ke TBS. 
Dalam ERL baru aku sedar rupanya flight aku pukul 7.40pg, gate close pukul 7.20pg. 
Aya..tgk2 time tu dah pukul 6.45pg. Aduh sempat ke. (Ni sebab balik lambat dr opis lah ni. 11.30 mlm baru balik..hehe nak salahkan kerja pulak..x baik2). 
Sampai kat Salak Tinggi dah pukul 7.00pg. Ikutkan hati mmg nak naik teksi dari Salak Tinggi ke LCCT. Tapi rupa2nya mmg teksi xde kat sini. Terpaksalah naik shuttle bas ke LCCT. Hati dah berdebar2 ni. Haifa dah call kat mana. Tapi aku suruh naik dulu. Kang x pasal2 semua terlepas flight sbb aku.

Pukul 7.15 aku smpai LCCT, orang pertama turun terus aku pecut gate T2 khas utk ke singapore. Semua security aku rempuh, sampai kat kastam pun pakcik tu kata sempat. Luckily just bagpacker, x perlu check in baggage. Tapi sampai2 kat gate, gate dah close. Yang bestnye time tu ada 10 orang tertinggal flight. 3 kali merayu kat officer, 3 kali jugak pakcik kapten x bagi dah naik. Sbb kena ada buat dokumen ke apa ke ntah. Kapten kedekut..huhu..Mentang2 lah flight ke Singapore banyak.

Then, officer kata ada next flight pukul 8.30pg. Terus ktorang yg 10 ni lari ke service kaunter untuk beli next flight ticket. Tapi kena tunggu sampai pukul 7.55pg sbb flight b4 tu belum berlepas. Maknanya flight yg ktorang sepatutnya naik x fly lg. Kerek lah Airasia. 

Bila kaunter dah bukak, rupa2 nya flight yg pukul 8.30pg dah close utk booking. Terpaksa lah naik flight pukul 10.00pg. Terpaksalah bayar RM100. Huhu..Xpe2 ada hikmah. Sempat jugak aku breakfast sorg2 then tukar duet.

10.05am (Flight AK1807, KL-Changi Airport)

Perjalanan ke Changi Airport dari LCCT mengambil masa dalam sejam. Dalam pukul 11.10pg aku pn sampai. Haifa, Aida n MekJat dah sampai kat USS since aku suruh dorg p dulu. 

11.10am Changi Airport

Sampai2 je terus aku cari map Singapore n tanya customer service mcm mana nk USS. Mengikut apa yg cik tu ckp, the best adalah naik MRT ke USS. Dia siap contengkan kat map kt mana aku kena transit ke MRT yg lain. Totally aku rasa truely bagpacker. Hehe..Adventure jugak sorang2 jalan2 ni tapi best.

Singapore Map

Dari Terminal 1 Changi Airport aku perlu ke Terminal 2 untuk naik MRT. X perlu jalan keluar hanya perlu naik Skyway dari T1 ke T2.
Sampai kat MRT station punyalah Q nya panjang sbb 1 je kaunter bukak. Mungkin sbb 1 Mei kot. Sampai kaunter rupanya x payah pun Q just beli je kat mesin automatik. Buat ponat den je beratur. Malas nak beli EZ card (ala2 tounch n go) sbb balik hari je.

Inilah dia ticket MRT ($4.50)return ticket

Dari airport, aku perlu transit di Tanah Merah untuk ke laluan Joo Koon. Nasib baik sebelah terminal je. Lepas tu kena lalu 13 pit stop untuk sampai ke Outram Park. Dari sini aku kena tukar laluan untuk ke Sentosa Island. Time ni manusia memang berduyun2 dah. Then just 1 stop, terus gerak naik escalator ke tingkat 3 untuk naik monorail, Sentosa Express ($3.50).

Sentosa Xpress ticket ($3.50)
1.00pm Sentosa Island

Sampai kat USS, Haifa n Aida dah tunggu kat entrance. Masa tu dah pukul 1.00pm. Pukul 9.20mlm dah kena naik flight balik KL. Apa lagi, kaki pun pecutlah, first2 yg ktorg serbu, Transformer Ride. Q panjang giler, time ni nasib baik Haifa dah belikan ktorg Express Pass. Jadi x perlulah nak beratur. Kena tambah $30 dari ticket biasa. Kalau ikutkan mmg mahal tp sekurang2nya x perlu menunggu lama & kalau x sempat nak dtg hari lain kena fikirkan kos transportation jugak.





Habis je Transformer ride yg best giler, ktorg terus ke Ancient Egypt. Mummy ride ni pun best jugak siap ada mini roller coaster lagi. Barang2 kena letak kat locker yg disediakan. Ada yang free utk first 1h/45m. Ada yang kena bayar. Depends dengan tempat mana kita pergi. Tak sempat nak bergambar banyak sbb kejar masa untuk kejar target naik semua roller coster dalam USS ni.

Depan ancient egypt


Then, ktorg singgah solat jap. Surau nye sebelah je dengan Ancient Egypt ni.

After je solat, kami terus ke The Lost World. Peringatan sila bawak poncho(baju hujan) or boleh beli kat entrance. Confirm lencun habis keluar nnti. Kat sini ktorg dibawa naik atas bot then terus susur ke sungai2 yg penuh dengan dinasour. Tapi bila sampai tempat gelap nanti, jaga2 lah. ;p

Sorbet...sedapp...aiskrim dalam buah original

Pastu kami singgah lunch dekat restoren area Far far away. Untuk pengetahuan semua kat USS ni susah skit nak cari makanan halal. Ada 3 tempat je yang jual. Dua di Far far away, Goldilocks & Friar's. Lagi satu kat Madagascar, Marty's Casa Del Wild Food Court. Makanan yang ktorg makan kat ala2 macam kat McD lebih kurang range harganya $10-$20.


Dah makan, terus ktorg masuk kat dalam wayang Far far away. Kat sini ada tayangan cerita Shrek 3D. Siap kerusi bergerak2 n air tepercik. Sangat sesuai utk yg bwk anak2 kecil. 


Depan far2 away castle


Selesai kat Far far away, ktorg pun smpailah kat Madagascar. Kat sini aktiviti agak santai. Tapi view nya sangat cantik. Boleh ambk gambar kat sini.

Last sekali, ktorg pn sampailah kat Sci-Fi City. Kota Roller Coaster. Mula2 takut jugak. Tapi bila dah naik gian pulak nak naik lagi. Aku lebih takut Battlestar Galastica Human (merah) berbanding Cyclon (biru). Tapi Aida terbalik pulak dengan aku. Dia lagi takut biru dari merah.

Battlestar Galastica

Disebabkan masa masih ada lagi, kami pun try skali lagi naik Transformer Ride n Revenge of Mummy. Time ni baru boleh pose terbaik kat camera. Hehe. Tapi x beli pun sbb mahal $20. huhu..xpelah next time ye.


Odw nak keluar sempat lagi shopping churos n bottle comei ni. Ada jugak sempat sambar t-shirt sehelai n fridge magnet. huhu. Sehelai t-shirt $27. Kalau convert dgn Malaysia RM darab dgn 2.50..huhu...Mahal nya..Xpelah nak pergi bukan nya senang. Niat di hati nak beli souvenir utk kwn2, tp mmg x dpt lah nmpknya.

churos...sedappp
Akhirnya kami bergerak balik ke Changi Airport jam 7.00mlm dengan teksi sbb semua kaki dah bengkak2 jalan banyak. Teksi kat Singapore ni banyak jenis, lagi cantik lagi mahal started charge nya. Ktorg kena dalam $27 including peak hour charge..huhu..nasiblah..kalau naik MRT lagi lambat. Nanti tak pasal2 terlepas flight lagi.

Apa2 pun USS memang terbaik. Wajib pergi utk sesiapa yg lasak sbb technology nya memang superb.


Jumpa lagi USS






Trip to Danau Toba, Medan

Wednesday, May 1, 2013
Tiket flight pergi dan balik ke Medan hanya RM68. Siapa yang tak nak belikan.

Medan destinasi kedua luar negara yang aku telah lawat selepas Singapore. Hopefully lepas ni nak tawaf satu Asean pulak, pastu Asia, pastu Eropah last skali satu dunia. Hehe



XL-promosi dalam flight

Turun dari flight sempat lagu bergambar kat lapangan terbang Polonia

Makan tengahari di Restoren Simpang Tiga, masakan minang



View tasik Danau Toba dari hotel..Cantik bangat

Sebelum naik bot ke Pulau Samosir



Dah sampai pulau Samosir, kaum Tomok











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...