A Story to be Proud : Menawan Puncak Gunung Nuang

Sunday, March 18, 2012
I love adventure. 
But this is the first time aku selamat sampai puncak gunung. 
A new story to be share ;).


13-15 March lepas, aku telah menjadi pengiring bagi program menawan puncak Gunung Nuang anjuran kelab rekreasi kolej. 2 orang pensyarah dan 43 org pelajar (25 lelaki/18 perempuan) terlibat dalam program ini. Ada jugak 5 org renjer hutan yang ikut sekali.


Gunung nuang ni merupakan gunung tertinggi di negeri selangor dengan ketinggian 1493 m. Pendakian kami bermula di Kuala Pangsoon, Hulu Langat jam 10.30 pagi. Sebelum mendaki kami dikehendaki melapor diri di pondok jaga dan membuat bayaran. Perjalanan dari tempat parking/pintu masuk hingga ke Kem Lolo (kaki gunung) mengambil masa lebih kurang 4 jam.
2 malam kami berkhemah disini. Beg tak payah nak cakap memang berat mujur jalan ke Kem Lolo ni tak mencabar sangat sebab jalan kenderaan 4x4. Kami sampai disana lebih kurang jam 2.30 petang dan mula mendirikan khemah dan memasak.


Esoknya jam 9.00 pagi kami bergerak mendaki ke puncak. Barang tak bawa banyak time ni, just bawak air dan roti untuk bekalan. Tak ramai yang join naik hanya 20 orang je (17 lelaki/3perempuan) since ramai yang pancit dan sakit2 badan masa naik semalam. 


Aku tak ketinggalan sekali nak mendaki sebab dah alang2 sampai, biar terus sampai ke puncak. And i want to challenge myself also sebab memang tak pernah daki2 gunung sampai ke puncak ni, kalau ada pun just daki sampai ke air terjun sungai chiling, masuk hutan kat kuala sedim @ jungle trekking masa sekolah dulu je.


Masa mendaki memang sangat2 mencabar, first 20 minit aku dah mula give up. Mana tak nya jalan semuanya mendaki xde pun menurun, curam pulak tu. Tapi berkat sokongan yang lain, aku teruskan juga dan bukan senang jugak nak turun balik.Mental memang kena ambil peranan time ni. After 2 jam turun naik turun naik bukit kami pun sampai kat Kem Pacat. Dulu orang kata Kem Pacat ni banyak pacat. Tapi masa kami sampai ni Alhamdulillah tak banyak sebab dah banyak pokok kena tebang area sini. Lapang dan kena cahaya matahari. Time sampai memang dahaga sangat tapi air kena catu untuk bekalan perjalanan yang masih jauh dan untuk turun nanti.


Dalam 10 minit rehat, kami teruskan perjalanan ke Puncak Pengasih pulak (belum puncak gunung nuang lagi ye). Uish...rupe2nyer trek die lagi power. Both tangan dengan kaki memang kena guna. Curam sampai 70 degree. Lutut bertemu dada. Tapi kurang sikit penat berbanding jalan ke kem Pacat tadi sebab before this just guna leg sekarang guna both leg and hand. Kurang sikit beban kaki.


After about 2 hours kami sampai Kem Pengasih. Rehat tak lama sangat kat sini sebab kawasan dah berkabus dan kami dah mula kesejukan (rugi tak bawak sweater). Perjalanan diteruskan ke puncak gunung dalam lebih kurang sejam perjalanan. Trek time ni dah rata cuma lecak teruk je sebab hujan semalam. Tapi fokus sangat penting takut terjerumus dalam lumpur. Then akhirnya bila dah dekat sampai puncak, trek sangat2 mencabar dari sebelum2 ini. Jalan sempit, curam dan bawah gaung. Dengan sisa kudrat yang ada,sampai ada diantara kami yang dah merangkak2 naik akhirnya kami 20 orang berjaya sampai ke puncak. Tak terkata rasanya time ni, nak jerit tak larat, jadi baring je. Cuaca kat atas ni sangat2 lah sejuk berkabus, menggigil sampai gigi atas bertemu gigi bawah. 


Semua ahli perempuan pegang bendera sebab sejuk. After snap gambar bendera terus jadi selimut. ;p


Since cuaca berkabus kami tak dapat lah nak tengok permandangan kat bawah. Aktiviti kat atas ni adalah makan dan bergambar. Kari ayam dalam tin & nasi impit, this is the best food i ever eat that time. Mana tak nya memang kebulur giler time tu.Kitaorang kat atas tak spend masa lama sangat sebab nak kejar masa untuk turun pulak. Jam 3 petang pun bergerak turun. Nampak macam senang je.


Bila dah turun memang nampak senang, true!. Tapi fokus berganda2 diperlukan dari mendaki. Masa turun dekat 10 kali kot aku jatuh terduduk. Gelongsor memang wajib. Lagi kita rendahkan diri lagi kurang risiko jatuh & gunakan kaki dan tangan dua2. Sifu, En Razi yang pesan. Waktu turun ramai budak2 lelaki yang dah turun dulu. Tinggal kami 3 orang perempuan dangan 8 lelaki (sebab dorang AJK @ merangkap otai mendaki gunung ni). Ade jugak yang terseliuh dan ada juga sampai satu tempat tu yang perempuan memang tak sampai nak turun sampaikan yang lelaki kena bagi kaki untuk ampu kami pijak turun. Terima kasih tak terhingga pada En Razi, Akmal, Naim, Shah, Alip, Shahfizzi, Fareez sebab sanggup tunggu aku, Odah n Yasmin turun. Yang lain juga terima kasih sebab bagi pinjam sweater n bawakkan beg masa mendaki dan turun. Kalau tak memang pancit lah.


Akhirnya kami semua selamat sampai balik kat Kem Lolo lebih kurang 7.15malam. Nasib baik sempat sampai sebelum hari malam. Alhamdulillah, yang penting tiada perkara yang tak baik berlaku.


Esoknya kami pun bergerak pulang. 


One things i learn from students, in class maybe they are not really a good students but outside they can be a teacher for us to learn a new things. Thanks to all the AJK-AJK / otai2 trekking who are actually my students yang banyak membantu & memberi tunjuk ajar ketika pendakian in exspecially Yasmin.


Pesanan penting untuk sesiapa yang amateur macam aku yang bakal mendaki gunung tinggi2 ni :


1) Pakai kasut yang sesuai, kalau terpaksa beli baru pun takpe kalau tak jadi macam aku punya tapak kasut dah macam mulut buaya.
2) Pakai glove kalau nak tapak tangan cantik / tak luka.
3) Bawak sweater yang ringan / yang boleh jadi baju hujan terus.
4) Optimumkan minum air. Minum jika perlu.
5) Bawak coklat (Kalau rase nak pitam je cepat2 makan coklat supaya oksigen boleh kembali sampai ke otak)
6) Pakai stoking bagi elak melecet / kena gigit pacat.
7) Elakkan sembur minyak wangi sebab pacat suka bau pelik2 ni. Die benci bau2 semulajadi macam asap.
8) Bawak sleeping bag kalau boleh. Sangat membantu sebab pengalaman aku Alhamdulillah dua2 hari aku tidur tak kesejukan. Suam2.
9) Bawa tongkat / besi mendaki lagi bagus boleh balance kan diri bila nak turun @ bila lalu kawasan berlumpur.
10) LASTLY, PLEASE BE PREPARED YOUR MENTAL AND PHYSICAL. KERJASAMA ANTARA TEAMMATE SANGAT DIPERLUKAN TAK KIRA DARI SEGI TENAGA MAHUPUN PHYSOLOGY. Thanks to all my teammate ;) i luv u all.
11) Dan jangan buang sampah merata-rata. Kumpul dan buang bila sampai dibawah nanti.


Motivation story :


7.30 pagi, ada seorang uncle cina ni umur dalam linkungan 60an dah nak mendaki dari kem Lolo ke puncak. Die hanya berbekalkan beg (air) dan tongkat. 12.30 petang, masa tu kitaorang odw nak ke kem pacat terserempak dengan dengan uncle tu yang dah nak turun. Sangat cepat, cerita punya cerita rupanya uncle tu dah tawan Gunung Kinabalu dekat 68 kali. Malebes!.. Tapi die cakap trek Gunung Nuang ni lagi mencabar dari Gunung Kinabalu sebab kat Gunung Kinabalu memang dah disediakan trek yang luas dan tali.
Apa2 pun respect lah pada uncle.


So, this is one story to be proud. Sharing is caring. 
Tak banyak gambar since memang tak sempat nak keluarkan kamera. 
Masa sangat berjalan dengan cepat dalam hutan rupenyer.

Cute Jilbab Child

Wednesday, March 7, 2012

Last monday i have to teach year 2 and year 3 student for their science subject at tuition centre. Unfortunately the class very quiet since the childs with 'mulut makcik2' did not come to class. Rindu jugak kat diaorang. That not the story. The story was, since the class very quiet i can hear what they talking2 in a class. (Fact : Cikgu r very good listener ya)..haha...

In my class that nite, there r 2 pupil year 2 and 3 for year 3...Year 2, one wear jilbab and one not, both very sweet girls. Colouring time, both of them sit at the behind of class.  They start to talk 'child matter'. But the very catchy statement that i can listen was :

Girl year 2 with jilbab : Ko ni tak rase nak tutup aurat ke?

Girl year 2 without jilbab : Time aku mengaji je aku pakai...

Erm...a small child can think how the 'aurat' meaning for them..Us..ermm..reminder for me also...

Ya Allah..Tetapkan lah iman kami...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...