Kejap di Perancis, kejap di Jepun - La Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Saturday, February 4, 2012
Alhamdulillah cuti kali ini, balkhis bersekempatan ke Bukit Tinggi, La Colmar Tropicale Dah lama sebenarnya nak pergi ke Bukit Tinggi ni akhirnya dapat pergi jugak sebab mak abah dah pindah Bentong sekarang.

Jarak antara Bentong ke Bukit Tinggi tak lah jauh sebenarnya. Lebih kurang sejam je. Cuma ambil masa sikit nak sampai sana sebab jalan agak bengkak-bengkok. So, nak sampai ke La Colmar ni ada juga lah dalam setengah jam dari simpang masuk highway.

La Colmar Tropicale

Laluan masa kami pergi tak berapa sibuk dan lengang disebabkan masih awal pagi. Kalau dah petang @ hari Ahad confirm jem. Bayaran nak masuk La Colmar tropicale ni untuk Dewasa RM12, & kanak-kanak RM8. So, kami semua kena lah charge RM44, 3 dewasa + 1 kanak-kanak. Pakej juga include entry fee untuk Japanese Tea Garden & Botanical Garden. Cuma Rabbit Park je kena bayar RM3/person.
Sampai je kat La Colmar, kami dah rasa macam kat luar negara dah. Cuaca agak sejuk dan agak mendung (Alhamdulillah nasib tak hujan sampai kami balik).

Kubu masuk

In front La Colmar

View dari pool

Time kami datang tu ada team dragon dance tengah practise buat performances & ada tanglung-tanglung still masih bergatungan. Agak kurang sikit feel France environment.

Tengah practise dragon dance

French Bakery Shop

Bilik-bilik hotel

Antara souvenir2 yg dijual

Cak!! kat tingkap pun ok


La Colmar Tropicale ni sebenarnya adalah hotel. Restoren-restoren & kedai-kedai di bawah bangunan, manakala bahagian atas pulak adalah bilik-bilik hotel. Booking rate about RM200++. Depend season, peak atau biasa.

Dalam 12.30tgh kami pun menaiki shuttle van untuk ke Japanese Tea House & Botanical Garden.  Fee shuttle ni dah include dengan entries fee tadi.

Shuttle van to Japanese Tea House

Untuk sampai ke Japanese Tea House ni kami perlu menapak naik bukit dulu dari tempat drop off shuttle tadi. Mak dah mengah-mengah naik bukit yang agak cerun jugak. Environment kat sini ala-ala taman di negara Jepun. Dan untuk pengetahuan semua tempat ini merupakan Rumah Teh Jepun pertama di Hutan Hujan Tropika. Masuk-masuk je tempat ni terus ada kedai ala-ala Japanese Old House siap ada layang-layang ikan macam dalam cerita Doraemon. Salesgirl dia pun siap pakai kimono lagi.
Sedikit penerangan kat pintu masuk

Layang-layang ikan

Sign board -> better ke kiri dulu baru ke kanan sebab jalannya bersambung

Bergambar depan tea house

Mirul jadi kungfu panda

Masuk ke garden ni kita perlu berjalan ke denai-denai yang agak sempit dan berbatu tapi kemas dengan tumbuhan-tumbuhan, kebanyakan tumbuhan diimport dari Jepun. Kat dalam taman ni ada satu rumah Jepun dimana kita boleh menyewa baju Kimono / Samurai dan mencuba menghadiri sesi minum teh Jepun dengan bayaran RM20.
nice shot - small flowers on d stone

 Tapi satu je kekurangan kat sini. Kurang tandas disediakan & tiada kemudahan untuk disable @ warga tua. Kalau nak bawa wheel chair memang tiada jalan khas kat sini. Mak yang cerita tadi. Ada seorang anak nak bawa bapanya masuk ke kawasan Japanese Tea House/ Garden ni, tapi bapanya berkerusi roda. Memang tak dapat nak masuk. And untuk ibu bapa yang bawa stroller pun agak susah nak lalu tempat ni. Confirm kena jinjing stroller kehulu kehilir. So, untuk sesiapa nak pi Japanese House ni better dukung anak-anak kalau tak bertambah-tambah kerja nak angkat anak+stroller.

Seterusnya kami ke Botanical Garden. Kat sini ada restoren Jepun tapi makanan kat agak expensive. A bowl of rice + fried chicken =RM35 kalau tak silap. Erm, takpe lah kita simpan perut dulu, mak kata.
We end up here at 2.00pm. Then tunggu shuttle balik ke La Colmar. If korang nak cepat better korang drive ke Japanese Tea House ni & tak perlu berebut-rebut nak naik shuttle.

Simptom-simptom dah boring

Rabbit Park kami tak sempat nak pergi sebab Mirul dah lapar. Takpe next  time pergi ke sini lagi nak ke Rabbit Park pulak.

Apa-apa pun yang penting dapat bawak adik2 & mak jalan-jalan. Seronok sebab dapat enjoy environment baru dan dapat bagi pendedahan pada Mirul tentang  France &amp Jepun; Mudin pulak dapat tingkatkan lagi teknik-teknik bergambar guna DSLRnyer.

Best capture

See you next time Bukit Tinggi. Lepas ni nak stay kat sini pulak. ;)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...