Life = Oreo

Monday, December 31, 2012
Cuba tengok biskut oreo. Ada lapisan atas, bawah dan inti. Lately aku rasa my position kat opis dah macam inti oreo. Ditengah-tengah. Lapisan atas=management, lapisan bawah=staff yang perlu dijaga. We, 3 of us dah jadi inti. Management nak macam2. Unfortunately yang lapisan bawah banyak betul kerenah. Kadang-kadang rasa tersepit. Nak lari pun ada. Tapi it's call pengecut kalau mengalah macam tu je. Hopefully sesiapa yang baca rintihan blog aku ni boleh faham situasi orang atasan macam mana (walaupun aku tak lah berapa atas pun). Apa yang disuruh oleh orang lapisan atas mesti ada reasonnya. Do it. Jangan complain dulu kata tak boleh buat sebab rasa akan menyusahkan diri kita. Orang yang memberi arahan ni bukan suka2 nak bagi kat korang. Dia tahu korang boleh buat sebab tu dia bagi peluang ni pada korang. Try dulu, kalau tak cuba, kita tak tahu sejauh mana kemampuan kita.  

Cuba fikirkan kalaulah kita semua masih diberikan rezeki untuk bekerja makan gaji 10 tahun lagi, adakah kita masih nak environment n position still sama macam hari ni. Confirm tak kan. Sekarang  ni pun mesti kita dah rasa boring hadap benda yang sama-sama hari2. So, beri peluang pada diri untuk tonjolkan kemampuan untuk diberikan tanggungjawab. InsyaAllah 10 tahun akan datang kita akan berada ditempat yang pasti kita tak pernah fikirkan dan confirm lebih baik dari hari ini. (ingatan buat diri sendiri juga)

Have a nice day. 
Allah jadikan akal untuk kita berfikir mana yang baik mana buruk. Berfikirlah secara rasional dan tunjukkanlah kematangan serta jangan terlalu ikutkan emosi...

The Previous Mistake

Saturday, December 15, 2012

Smile + Be Positive...
InsyaAllah ada Hikmahnya...

Mungkin kita sedang diuji...
Yang mana bertahan, itulah pemenangnya...(that my friend's word)

Dan jangan takut membuat silap dan mencuba, kerana belajar itu datangnya dari kesilapan,
(also my friend's word)

Jangan takut dibenci orang, kerana yang dibenci itu adalah kerana perkara yang benar,
Dan perkara yang benar itu, lambat laun tetap pemenangnya...

Ujian itu rahsia Allah...

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…
                                                                                (Surah al-Baqarah : 155)

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya….    
                                                                                  (Surah Al-Baqarah 286)

Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Surah Al-Insyirah : 6)

“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” 
                                                                            (Imam al-Bukhari dan Muslim)



Alhamdulillah Ya Allah...
Diberikan keluarga yang banyak memberi dorongan..
Kawan2 rapat (wawa,k.su,nad,haifa,k.fiza,k.matil,k.marina) yang sentiasa memberi kata2 semangat...

Ya Allah...berikanlah kejayaan kepada keluargaku dan rakan2 ku ini dunia akhirat. Amin...

Segala-galanya bermula dari hati.
InsyaAllah aku percaya, jika kita berbuat baik, Allah akan hantarkan orang-orang yang baik kepada kita.

Dan yang pasti, apabila kita ditimba ujian @ kesusahan, sudah pasti kita lebih mengingati @ dekat dengan Allah...Hikmahnya, apabila kita semakin seronok dengan dunia, Allah berikan dugaan supaya kita kembali mengingati fitrah kita sebagai hambaNya. ;)

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Hyatt Teluk Cempedak

Sunday, November 11, 2012
Muahhaaa....
Tension tak tension, 
Vacation tetap vacation,

Tengah serabut2 ni memang the best solution is go for holiday,
Bila abah tanya nak ikut tak pergi Kuantan,
Tanpa kata tidak terus aku setuju,
Bab jalan2 ni aku memang No 1,
Hyatt Regency Kuantan, Teluk Cempedak..(0_0)

Cantik tak...pool plus laut...

Cak!!!

Terjun jap lagi


Nak kata anak manja tak juga, maybe aku anak sulung & the only daughter,
Sebab tu mak & abah selalu ajak aku jalan2,
Sambil2 tu boleh aku jaga adik2 aku yang dah besar tp boleh tahan lah manja,



Kanak-kanak riang

Cuma yang tak bestnyer nama je gah Hyatt ni, tapi bilik ntah apa2..Peti ais tak bercuci, bilik berbau  & paling2 tak best toilet xde kunci. Terpaksa sorang2 jadi pak guard depan pintu ambik nombor...Tapi service & staff very2 nice tak lokek dgn senyuman...Cair jap hati kitaorg...

Anyway this is first day kat sini.

Petang tadi sempat jugak main bola sepak & bola tampar pantai. Tak pasal2 kitaorg dpt kawan baru especially Mirul. Bedal je main ngan dorang.

 Malam ni nak pi makan kat Tanjung Lumpur makan LaLa bakar. HaHaHa...

And esok pagi2 dah kena balik KL naik bas, malas nak drive coz Double2 Big big Bos nak jumpa semua staff...huhuhuhuhuhuhuhu.....arghhhh..again....malas dah nak fikir... yang penting nak enjoy hari ni...





Keluar mulut buaya, Masuk mulut naga

Saturday, November 10, 2012
Speechless,
Terkejut, tak sangat sebab dah ada bau2,
Tapi tak pandai nangis bab2 ni,
Pening2,
Berdenyut2 kepala fikir,

Malas nak fikir,
Tapi tetap fikir,
Tak boleh nak tidur,
Adoi apa nak buat ni,
Badan penat,
Masa depan macam mana,
Nak buat jahat boleh je,
Tapi...arghhh....banyaknyer benda nak fikir...
Belum kahwin lagi,
Belum ada anak lagi,
Baru Hal Kerja,

Come on Balkhis,
Life must Go On...

ARRRRGGHHHHHH....


I have to be STRONG, others need me

Friday, November 9, 2012
“you never know how strong you are... until being strong is the only choice you have.” 

Yes...i love this quotes,
I have to be strong in front of my friends,

Maybe reason mereka jadi begitu disebabkan benda yang remeh,
Tapi mungkin tidak bagi mereka,
Dan mungkin juga aku tak pernah laluinya,
Yes, definitely no experience,
But somehow i learn from others.

But i try the best to be a good friends,
Listen, Advisor, buat lawak,
Hopefully, Ya Allah lancarkan perjalanan hidupku,
Semoga perkara-perkara ini tidak berlaku padaku,
Dan, sahabat-sahabatku dapat laluinya.


I wish Dol Jin(Gentlemen Dignity) always here next to me...


Snokelling @ Redang Island

Tuesday, November 6, 2012
Best moment to remember...29-31 Jun 2012...

We just stay here Redang Lagoon


Kami berlima, aku, haifa, huda (adik haifa) dan 2 kawan haifa siti & aida  sampai di jeti Shah Bandar jam 9.00 pagi since the next feri jam 10.00 pagi. Tapi rupa2 nya ada miscommunication sikit dengan pihak resort. Tapi aku dah lupa sebenarnya masalahnya sebab dah 5 bulan benda ni berlaku. Tapi kalau ikutkan memang management feri dengan management resort area sana macam tak berapa 'ngam'.  


Perjalanan dari Jeti ShahBandar (sebelah Pasar Payang) ke Pulau Redang mengambil masa dalam 1 jam lebih. Tapi rupa-rupanya feri yang kitaorang naik tak terus ke resort yang kitaorang duduk. Feri ni just berhenti dekat jeti kampung then kitaorang kena tunggu another 'tongkang pecah' ambil kitaorang. Totally memang the real tongkang pecah sebab ferinya memang dah buruk and xde dinding + safe jacket. 


First feri full aircond skali yang second memang open air. 

Kata orang kalau tak cuba mana nak tahu. Bedal je naik. Kecut jugak perut bila dah gerak tapi aku tengok kawan2 aku yang lain relax je (sebab engineer dorang ni, hati kental sikit). 



1.00 pm sampai sudah Pulau Redang - putih giler pasir


Makanan terbaik sebab dah lapoor
After sampai je kat Redang Lagoon, terus check in, letak barang and terkam makanan lunch yang dah disediakan. Rupanya time tu memang penuh tempat duduk since kitaorang sampai lewat sebab naik second trip ferry.


Tempat makan - ala2 kampung style versi survivor







Us - 5 gadis
Itinerari Hari Pertama

Day 1
AM
0900 • Ferry ride from Shahbandar Jetty or Merang Jetty, Kuala Terengganu to Redang Island
PM
1200 • Check-In
1230 • Lunch
1430 • Snorkelling
1630 • Afternoon Tea & free and easy
1900 • Dinner/BBQ

Hari Kedua



Day 2
AM
0730 • Breakfast
0930 • Snorkelling trip to Marine Park and/or visit the architecture fishing village

PM
1230 • Lunch
1430 • Snorkelling
1630 • Afternoon Tea & at leisure
1900 • Dinner/BBQ


Hari Ketiga



Day 3
AM
0700 • Breakfast
0930 • Check-Out
1030 • Ferry ride from Redang Island to Shahbandar Jetty or Merang Jetty, Kuala Terengganu


Apa macam dah tengok itinenari memang totally snorkelling hold day. Burn, no sun block. Baru rock. Hehe. Takut satu je jelly fish and ikan jerung. Huhu. Nasib baik xde. 


Rindu pasir kat sini


Ikan berenang depan mata


Ni lah untung kalau holiday semua perempuan. Nak tau kenapa...rahsia..hehe


Lastly dapat jugak satu gambar cun snap dalam air. Nasib baik CT bwk camera.


Sebelum ni memang aku ni agak takut ngan air laut and kawasan yang memang tak tercecah di kaki. Tapi bila dah sampai kat sini automatik jadi berani sebab dah bayar2 mahal dan bukan senang nak pergi lagi. Memang satu pengalaman super2 memoriable. Kalau ada peluang nak snorkelling lagi confirm aku volunteer nak pergi and lagi best pergi tempat yang lain dari yang lain.


Malam ni nak layan Gentlemen Dignity...Ooo...Yeah..

I'm Back ;)

Monday, November 5, 2012
Tetiba je malam ni nak aktifkan blog balik. Rindu nak menaip kot..haha...anyway banyak gak benda menarik yang berlaku sepanjang proses 'hybernate blogging' ni..hehe..

Antaranya snorkelling kat Pulau Redang, caving kat Gua Batu Maloi, explorace kat Putrajaya, Family Day kat PD and last semalam jalan2 kat I-City Snow Walk. 
Apa2 pun malam ni macam malas nak tulis panjang2 sebab esok dah start semester baru and dah tak sabar nak jumpa students baru esok. Hopefully batch yang ni pun sama macam sebelum2 ni..Amin..

Ok Nanite..

Gambar dalam Iglu Snow Walk I-City
Every single day, no matter who you meet in the day - friends, family, work colleagues, strangers - give joy to them. Give a smile or a compliment or kind words or kind actions, but give joy! Do your best to make sure that every single person you meet has a better day because they saw you. This might sound like it is not connected with you and your life, but believe me it is inseparably connected through cosmic law.

As you give joy to every person you meet, you bring joy to YOU. The more you can give joy to others, the more you will bring the joy back to you.

May Allah be with you :)

Testing Hanbok @ Korea Plaza

Tuesday, April 17, 2012
My wish is to wear Hanbok at my wedding day. Unfortunately, it's come before that time. 

Baru-baru aku membawa student2 ku ke Korea Plaza yang merupakan satu-satunya pusat tourism Korea di Malaysia. Korea Plaza berada di Menara Hap Seng berdekatan dengan KL Tower. Is better go there by public transport (monorail) or LRT Putra. Walaupun berjalanan dari stesen LRT agak jauh ke Korea Plaza namun permandangan yang cantik sekitar jalan imbi dan KL triangle agak menarik.

Korea plaza ni hanyalah satu lot kedai yang kedai kecil. Namun di dalamnya terdapat pelbagai perkara baru, budaya, makanan korea  didalamnya. Disini juga, kami dapat mencuba pakaian tradisi korea dan pakaian meluncur salji. 

If u are lucky, kadang-kadang akan ada kelas bahasa korea atau kelas memasak masakan korea. Kalau nak join jugak boleh buat appointment dahulu.

Testing Hanbok

Bergambar dengan hensem boys

Dalam korea plaza

Makanan Korea

In front Korea Plaza

Getting a lot of pamphlets
Untuk sesiapa yang akan melancong ke Korea disarankan mengunjungi Korea Plaza ni untuk briefing tentang negara Korea.

Anneyohaseyo Korea...

Stress Out @ Langkawi Island

Monday, April 2, 2012
Pulau Langkawi memang terkenal sebagai salah sebuah tempat percutian menarik di dalam Malaysia. Aku telah menjejak kaki ke pulau ini sebanyak 2 kali bersama keluarga namun percutian kali ini berlainan sedikit kerana bercuti bersama keluarga lain @ boleh dikatakan keluarga angkat dan menaiki flight. Dan semua yang pergi adalah perempuan. 


HARI PERTAMA(28 MAC 2012/KHAMIS)


Kami menaiki flight ke P.Langkawi dari LCCT KL pada jam 1.55 petang dan tiba di lapangan terbang 45 minit kemudian. Beg pun kami semua bawa sekali naik atas flight, tidak diletakkan dalam kargo since masih ringan dan tak perlu bayar baggage fees. Alhamdulillah cuaca cerah dan perjalanan pun berjalan lancar.


Bergambar dengan sakinah turun dari flight
 Tiba di airport P.Langkawi kami terus ke kaunter sewa kereta supaya mudah kami bergerak ke hotel. Kami menyewa MPV Mitsubishi Grandis dengan bayaran RM210 untuk sewaan 2 setengah hari. Sangat selesa da luas.

Dari airport kami terus bergerak ke Pantai Cenang dimana terletaknya The Cabin Langkawi, chalet yang kami sewa untuk hari yang pertama. Bayaran 1 malam adalah RM150 dan kami telah menyewa dua chalet untuk 6 orang. The Cabin ni merupakan chalet yang dibina daripada kabin. Lanskap kat sini sangat cantik dan dalam chalet pun selesa kerana kebanyakkan perabotnya adalah daripada IKEA.

Our Chalet


Beautiful Landscape

The Cabin Langkawi


Sampai je The Cabin kami terus bersiap-siap untuk makan di area Pantai Cenang. The Cabin ini memang strategik, tepi jalan dan berdekatan dengan Underwater World Langkawi. Tempat makan & tempat shopping pun banyak.

Kami berjalan-jalan sampai lah 9 malam. Disebabkan kaki dah penat dan letih, aku, makcik, Haifa dan Huda singgah kejap mengurut kaki di kedai tepi jalan bertentangan dengan The Cabin. Berbaloi RM27 untuk foot massage dan untuk full massage pun murah RM75 sahaja.

Dalam spa


HARI KEDUA(29 MAC 2012/JUMAAT)


Yeah! Island Hopping. Masa yang ditunggu-tunggu. Jam 9.00 pagi kami bersiap-siap ke jeti untuk Island Hopping. Kereta kami parking di The Cabin dan ada van akan bawa kami ke jeti. Untuk Island Hopping ini kami telah mengambil pakej private group dengan sewaan 1 bot, RM210. Kira-kira RM35 seorang. Agak mahal berbanding joined group (RM25/pax) tapi lebih selesa dan private tak perlu bercampur / menunggu orang luar.


Jeti untuk ke Island Hopping (time ni akan ada orang candid ambil gambar
 then print atas piring hiasan untuk dijual)
Destinasi pertama - Pulau Dayang Bunting


Pulau Dayang Bunting - nampak bentuk tak kepala, dada dan perut?
Bot berhenti sekejap ditengah laut membolehkan kami melihat bentuk pulau tersebut. Kemudian bot terus bergerak disebalik pulau untuk ke Tasik Dayang Bunting pula. Diingatkan jangan membawa plastik makanan sebab kat area sini banyak monyet. Silap2 boelh bergaduh dengan monyet2 tau.

Dari jeti ke tasik - kena berjalan dan mendaki sedikit


Sejarah tasik dayang bunting
Unforgettable memory - Berenang kat tasik - sewa life jacket RM5
 Destinasi Kedua - Pulau Singa Besar - Eagle Feeding


Eagle feeding - helang perang adalah helang langkawi


Destinasi Ketiga - Pulau Beras Basah

Sebelum sampai pulau ni, kami disajikan dengan 'boat drift' special service daripada adik yang bawa bot kami. Menjerit-jerit juga takut terbalik bot tapi nasib baik tak jadi apa-apa.

Di Pulau Beras Basah ni ikan dia semua jinak-jinak sampai ke pantai. Kebetulan bawa roti jadi kami jadikan destinasi kat sini sebagai 'fish feeding'. He2. Pandai-pandai je.

Excited bagi ikan makan


Ikan bilis


Beautiful Island - Pulau Beras Basah
Island Hopping kami berakhir pada jam 1.00 petang. 


Seterusnya kami terus ambil kereta dan check in hotel kedua Bella Vista apartment kat pekan Kuah. Dengan basah-basah & bau laut kami check in. Disini kami dapat menyewa pent house dengan bayaran RM288 beserta 5 orang breakfast. 3 bilik, 2 bilik katil queen + 1 bilik katil single + 3 toilet. Hotel ni ala-ala castle Disneyland berhadapan dengan pantai. Cantik bila malam dan bila siang agak macam istana dulu-dulu. 


Bella Vista Apartment and Hotel


Destinasi Keempat - Pekan Kuah

Petangnya kami ke kedai Haji Ismail Group, Langkawi Shopping Mall dan Jeti Kuah untuk shopping coklat  buah tangan balik nanti. Di Langkawi Shopping Mall kami singgah sekejap makan McD. Sangat murah since Langkawi adalah kawasan duty free, so tiada tax dikenakan di McD. Double Cheese Burger 1 set just only RM6.95. Yes, No Tax. I love Langkawi .;)


Destinasi Kelima - Friday Night Market

 Malamnya kami terus bergerak ke Friday Night Market area Pantai Tanjung Rhu dekat dengan beras terbakar. Disini kami dapat membeli makanan tradisi orang utara. Seronok juga tengok cuisine makanan negeri orang. Kalau pergi luar negara tak tahu lah macam pulak. Mesti lagi best.


Dah lupa dah kuih ape



Around 11.00 pm kami balik hotel, then tidur. Nyenyak maybe sebab penat separuh hari Island Hopping.




HARI KETIGA (30 MAC 2012/SABTU) last day ;(
Destinasi Pertama - Kilang Gamat Nusantara 


Selepas breakfast di Bella Vista, kami bergerak ke Gunung Mat Cincang / Telaga Tujuh untuk ke cable car. ODW ke sana kami singgah kejap kilang ni yang terletak di tepi jalan untuk membeli barangan gamat.


Destinasi Kedua - Porto Malai Langkawi


Singgah sekejap bergambar di pelabuhan kapal-kapal layar/ kapal mewah. Bilalah dapat naik kapal-kapal ni kan...


Porto Malai Langkawi




Destinasi Ketiga - Langkawi Cable Car


Untuk pergi ke Cable Car, kami perlu masuk dahulu ke Oriental Village. Landscape aku tabik sekali lagi. Cantik. Ini kali kedua aku naik cable car di langkawi. Tapi kali ini nasib kami kurang baik disebabkan cuaca yang berkabus di atas, perkhidmatan cable car ditangguhkan untuk tujuan keselamatan. Setelah menunggu hampir sejam (11.30am) barulah kami dapat naik cable car. Sampai kat atas, SkyBridge ditutup pula disebabkan kabus tebal. Rugi jugak. Tapi apa nak buat tiada rezeki.
Jalan-jalan around oriental village sebelum tunggu kaunter buka


Gunung Mat Cincang

Us-6 girls opss womens
Jumpa artis korea kat atas..hahaha
Destinasi keempat - Dataran Helang


After check out dari Bella Vista kami bergerak ke dataran helang untuk bergambar dengan t-shirt I LOVE LANGKAWI yang dibeli di Oriental Village (RM5). 


L.O.V.E <3




L.A.N.G.K.A.W.I


Destinasi kelima - Makam Mahsuri


Selepas ke Dataran Helang, kami pun bergerak ke Padang Matsirat untuk ke Makam Mahsuri. Charge yang dikenakan untuk masuk adalah RM5/pax. Tujuan kami ke Makam Mahsuri ini sebenarnya nak makan SUP GAMAT. Tapi lagi sekali nasib tak menyelebelahi kami, sup dah habis. Isk3.


Sup Gamat...Kempunan Den...huhu


Kat sini kami sekejap je sebab rasa seriau dengan keadaan dalam tu. Kat luar parking sempat lagi kami shopping air gamat dan ubat-ubat herba.


Destinasi Keenam - Pantai Cenang


Disebabkan Pantai Cenang ni berdekatan dengan airport, kami pun bergerak ke sini untuk makan tengahari + malam disamping membeli barang-barang yang tertinggal.


Destinasi Ketujuh - Airport


Jam 5.00 petang kami tiba di airport Langkawi. Sampai awal untuk check in dan solat jamak. Di balai ketibaan sempat pekena maggi cup sebab lapar. One cup RM3. Erm...bolehlah.


Then, jam 6.55 kami berlepas pulang ke KL. Sayonara Langkawi. Nak cari suami orang Langkawi lah. HeHeHe....


Perjalanan pulang - jam 7.15 PM - matahari terbenam - indahnya ciptaan Tuhan




Pengembaraan mengingatkan kita betapa kecilnya kita di dunia Allah yang indah ini.

Rahsia Tuhan

Sunday, April 1, 2012
Jodoh itu rahsia Allah.
Jika ditanya 'bila nak kahwin?'
Jika di balas 'belum ada jodoh lagi'. Ada maksudnya.

'Belum ada jodoh lagi' bukanlah perkataan yang kejam. Bukan tidak laku. Bukan juga jual mahal. Namun ianya memberi maksud bahawa Allah telah memberikan kita jalan yang terbaik untuk bertemu jodoh kita. Mungkin kita belum bersedia lagi untuk memberi komitmen atau mungkin juga jodoh kita belum bersedia memberi komitmen kepada kita.

Usaha+Doa=Tawakal. Seperti mana peperiksaan, begitu juga dengan jodoh.

Begitu juga dengan diriku. Jika dilihat aku tidak lah begitu ketinggalan dalam era ini. Tetapi apabila berbicara mengenai JODOH atau CINTA manusia aku pasti ketinggalan. Agak konvensional tapi seboleh-bolehnya aku mengharapkan 'love after marriage' untuk jodohnya. Halal & suci. Namun aku berharap supaya, Allah memberikan jalan yang terbaik untuk diriku. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...