welcome fitness

Tuesday, October 18, 2011
Semalam 17/10/2011 akhirnya aku berjaya menjadi ahli fitness first. Hasil pujukkan rakan serumah akhirnya terbuka juga hati aku nak join program ni. Memang sebenarnya dah lama nak join service ni tapi bila fikir harga pendaftaran yang tinggi dan bulanan yang agak mahal aku rasa tu yang tertangguh tu. Alhamdulillah rezeki aku & kawan nan seorang ni murah dapat member fee murah kat fitness first ni. Apa lagi kami cekaw je lah.




Bila dah masuk umur 25 tahun rasa badan dah makin berat, malas2 dan macam nak sakit. Bila fikir-fikir apa salahnya habiskan duit penat-penat kerja untuk diri sendiri. Kalau kumpul duit banyak-banyak pun bila mati orang lain juga yang dapat. Baik aku belanjakan untuk kesihatan dan kecantikan diri aku. Kalau nak harap jogging aku ni dah lah liat. Nak diet tak makan, lagi-lagi kalau tak makan tengahari lagi lah tak boleh.

Kawan-kawan pun semua dah bising badan aku makin debablah. Ya saya memang makin debab. Tapi bila je cakap nak masuk fitness ni, biasa lah manusia bila kita nak buat sesuatu ada yang tak puas hati lah. Kata nanti ada otot lah. Tak lawa lah. (Persetankan je balkhis). Bila nak makan makanan kesihatan lak tak elok lah bahaya lah. Tapi yang bab-bab makanan kesihatan ni aku setuju jugak Lagipun dia effect kesihatan dalaman badan. Lagi satu macam-macam lah nasihat free dapat tapi aku tengok tukang bagi nasihat tu pun lebih kurang sama je.hahaha....

Lagi satu sebab aku join program ni juga sebab kalau boleh aku nak dapat stamina macam zaman sekolah dulu. Petang-petang sebelum training basketball mesti kitaorang kena raound padang 2 kali. Bayangkan lah dari form 2 sampai form 5, hari-hari macam tu mahunya tak sihat badan  Makan aku memang tak boleh skip sejak dari sekolah lagi.(48 kg)

Bila aku masuk matrik lagi lah kurus, makan pagi & petang je. Malam makan roti @ langsung tak makan. Sebabnya aku nak jimat duit. Time ni pun family semua kat Sabah. Aku dengan angah je yang kena stay kat Semenanjung. (46kg)

Sebelum aku masuk UTM , kena buat medical check up dulu. Masa ni aku disahkan menghidap masalah kalenjar tiroid. Berat badan aku time ni turun mendadak ke 44kg. (macam kerempeng dah). After that, aku buat follow up kat pusat kesihatan UTM dan perlu makan ubat hormon  Hampir 3 tahun ambil ubat ni. Simptom-simptomnya banyak sebenarnya. Siapa nak tahu boleh tanya aku. Bila dah ambil ubat hormon ni tahu-tahu je lah. Makan banyak dan tidur pun banyak. Berat pun apa lagi dah macam tangga. Dari 40kg ke 50 kg then ke 60kg++. Tapi Alhamdulillah aku dah sihat sekarang.

Hopefully bila dah kerja dan ada duit ini, aku boleh kurangkan berat badan melalui program fitness first ni. Chayok2 balkhis!!. 50kg


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...