A Day in TreaSure HunT WiraZone MalaKoff

Tuesday, October 18, 2011
Pada 8 oktober yang lalu, kami berempat aku, wawa,sha dan angah telah menyertai Treasure Hunt di bawah kelolaan WiraZone Malakoff  untuk customer day company diaorang. Bertempat di FRIM Kepong kami bertolak pada jam 7.00 pagi lagi untuk mengambil angah di Wangsa Maju.



Penyertaan adalah pada jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi. Semasa penyertaan kami diberikan t-shirt Wirazone beserta beg sandang satu kumpulan. Breakfast juga turut disediakan disini n its free.hehehe.

Pada awalnya kami hanya mahu suka-suka sahaja memandangkan penyertaan tidak dikenakan sebarang bayaran. Satu kumpulan hendaklah disertai empat orang ahli.

Sebenarnya permainan pada hari ini simple sahaja. Acara bermula pada jam 9.00 pagi dimana sebanyak 30 kumpulan telah dipecahkan kepada 3 kumpulan. Setiap 10 kumpulan ini akan dibawa oleh seorang pemandu jalan bagi membawa kami memasuki hutan kecil bertrek sepanjang 1.5 km. Sepanjan perjalanan ini kami perlu mendengar dengan teliti setiap info-info yang diberikan oleh pemandu jalan kerana ianya berkaitan dengan soalan-soalan yang akan diberikan semasa treasure hunt nanti.

Berikut gambar-gambar menarik kami sempat ambil,


Team kami G 25
Konon-konon bersemangat lah tu

Ni kami nyer pemandu jalan
Amazing view (crown sparkling) -> pokok kapur plantation daun2 x mo rapat2

pokok ara n no ni utk check point untuk free explorer


Selepas 30 minit kami berjalan melalui denai, kami dikumpulkan di satu tempat. Pada jam 10.30 pagi treasure hunt dimulakan. Kami diberi 20 soalan untuk diselesaikan dalam masa 30 minit dimana jawapannya berada didalam hutan yang baru kami masuki tadi.

Soalannya aku pun sebenarnya aku dah lupa.

Jawab punya jawab, kutip punya kutip duit daun akhirnya kami menjadi empat kumpulan pertama yang menyiapkan tugasan. 

Tapi paling sedih bila masa penyampaian hadiah, rupa-rupanya hadiah hanya sampai tempat ketiga sahaja. 

Tempat pertama              : RM800 (satu team) + beg sandang
Tempat kedua                   : RM600 (satu team) + beg sandang
Tempat ketiga                   : RM400 (satu team) + beg sandang

Best woo kalau dapat. Tapi nak buat macamana takde rezeki. Lain tahun cuba lagi. Yang penting dapat pengetahuan baru dan dapat makan free sedap-sedap. ;P

2 comments:

mynameismy said...

Thanks for coming Balkish...:)

jgn kecewa ye tahun depan kita jumpa lagi hehe..

Anyway, belilah Sinar Harian harini. treasure hunt ada featured in there today...;)

balkhis said...

sama2 mai...
kalau x silap aritu awk ye yg handle event aritu kan?;)

ape2 pun best event aritu..leh jumpa lg lain kali & klu nak buat lagi jgn lupe jemput kitaorg tau ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...