Wanita : ganjaran mengandung & melahirkan

Friday, August 19, 2011

Fadhilat wanita yang hamil dan wanita yang bersalin sangat banyak. Rugi jikalau wanita tidak mengambil peluang untuk melahirkan zuriat. Semoga kita dapat meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W. Petikan ini saya ambil dari blog seseorang. 









Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaatsolat wanita tidak hami

Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama

Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari

Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

Pahala wanita bersalin

Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
                                            

Demikian mulianya pahala bersalin sehingga tidak wajar apabila digempar-gempurkan (kempen) menghadkan jumlah kelahiran menerusi program “Perancangan keluarga” sedangkan Rasulullah memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini.

Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibdah.

Pantun raya ikut loghat negeri

Thursday, August 18, 2011


kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin


Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Cute Moon Brothers

Tuesday, August 16, 2011
Semalam tengah-tengah on fb ada update dari fb CikSara tentang video Moon Brother.


from left Mason(1st), Mavin(2nd), Maden(3rd)


Moon Brothers

Sangat comel diaorang ni 3 beradik yang agak seiras. Mata tersangat lah bulat. Geram betul..hehehe


3 M ni sebenarnya dah jadi selebreti di Korea kerana kecomelan mereka  dan Mason pun pernah berlakon dalam movie Baby & I. Bila tengok semula 3 M ni tersangat lah cute dari kecil sebab rupa-rupanya diaorang ni pan-asia. Ayah mereka merupakan Canadian manakala ibu mereka Korean. Patutlah mata besar, kulit putih. ;)


Buka youtube ada pulak kisah tentang brotherhood diaorang ni. Mason lebih nampak tegas walaupun baru berumur 4 tahun, si Mavin ni asyik senyum je mesti dah besar nanti seorang yang peramah dan si kecil, Maden tak pasti lagi macam mana perangainya tapi nampak macam ikut perangai si abang yang sulung, Mason.


Enjoy waching this video, mesti korang pun tersenyum tengok video budak cute 3 orang ni. ;)






Bestnya dapat anak comei-comei macam ni. ;p

Shopping raya

Monday, August 15, 2011
Alhamdulillah..
Setelah bergelumang dengan kerja-kerja dan audit yang tak sudah-sudah...
akhirnya dapat juga mencuri masa membeli belah untuk raya pada hari sabtu lepas...
Port terbaik untuk shopping tahun ni confirm Jalan Tar @ Masjid Jamek...


Jalan TAR at night
Bersama dengan pengantin baru, Irene kami meredah kesibukan orang ramai di Jalan TAR...
Memang dah agak ramai orang..Almaklumlah tengah-tengah bulan puasa...
Tengah-tengah shopping hujan pulak...
Tapi ok juga sebenarnya kurang penat sikit dengan cuaca macam ni..


Aku ni nak kata cerewet takde cerewet sangat..
Cuma kalau aku nak cari barang yang cantik tapi murah...
Redah punya redah dapat lah juga satu baju kurung polka dot warna hijau dengan baju kurung pesak gantung...harga confirmlah yang murah-murah je..hehehe...
si nenek Irene ni katanya nak beli tudung je skali dengan baju kurung skali dia borong...hahaha


Baju kurung Polka Dotttt.

silk crepe 
Dah shopping-shopping solat asar kat SOGO...padat kat surau tu usah lah nak dikata...
cilok punya cilok dapat juga tempat strategik..hehe..
Alih-alih dah lepas solat jumpa pulak kawan sekolah lama dulu..apa lagi sembang panjang lah pulak sampai berbuka puasa sama-sama...


Si Irene berbuka dengan husband dia..aku segan sebenarnya nak join..hehe..
tu yang berbuka dengan Dani tu...
tempat berbuka kami...baik punya ---> masjid TNB Bangsar ---> FOC
sampai-sampai je makanan dah terhidang...
Alhamdulillah...rezeki...


Malam banyak lagi cerita sebenarnya tapi nanti berjela-jela pulak sampai korang rasa nak muntah nanti baca..hehehehe


Tapi yang tak bestnya esoknya KERJA...huaaa..huaaa...huhuhu.....

Hari Membebel Sedunia 'Version Miss Balkhis'

Thursday, August 4, 2011

Ye..
Hari ini hari membebel sedunia..
Mangsa bebelan mestilah student-student ku...

Mana tak nya geram dengan kehadiran kelas yang semakin menurun sejak hari isnin, dengan tak bawa nota, tutorial tak siap, bebelan ku dilepaskan hari ini. Puasa tak puasa dah tak kira dah. 

Pesen aku ni jenis yang tak suka marah-marah. Tapi bila dah start je marah@bebel memang dah tak boleh nak berhenti.

 Bila tengok muka sorang-sorang kesian pulak. Kecut perut agaknya.

Tapi betul juga sebenarnya, kalau mak kita marah kalau kita buat salah, maksudnya mak kita sayangkan kita.

Macam juga cikgu, kalau diaorang tak membebel beri peringatan tak jadi kita macam hari ini kan.


-Miss Balkhis-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...