TUDOR House

Sunday, July 10, 2011


Rumah Minangkabau...
Rumah Pahang...
Rumah Gadang...
Rumah Limas (Johor)...
Rumah Melaka...
Rumah Kutai (Perak)...
Rumah Bajau (Sabah)...
Rumah Melanau (Sarawak)...


Ini semua jenis-jenis rumah tradisi di Malaysia.


Tapi kali ini balkhis ingin bercerita sedikit mengenai satu jenis rumah Eropah yang kini telah meluas dilihat / dibina di Malaysia iaitu TUDOR HOUSE.

Basic view Tudor House Cartoon

Frame
TUDOR house merupakan senibina dari kebijaksanaan arkitek pada zaman kegemilangan pemerintahan keluarga Tudor pada abad ke 15 & 16 (1485-1603). Ianya dahulu merupakan kediaman Diraja Welsh, Eropah. Secara asalnya ia dibina menggunakan rangka kayu dan tidak seragam kerana dipotong menggunakan tangan. Klik All About Tudor House

Tudor house guna dikenali sebagai 'black & white effect' kerana dindingnya sering dicat menggunakan warna hitam dan putih. 

Berikut merupakan antara gambar-gambar menarik rumah Tudor di beberapa negara Eropah :
One

Two : Garden Scenery

Mungkin ini hotel

Betul-betul tepi jalan

Siap ada cerobong asap

"NEXT : TuDoR HouSe in MaLaySia"

1) JOHOR



Bagi yang berminat nak tengok rumah Tudor secara live di Malaysia, jika anda tinggal di selatan Malaysia bolehlah jengah-jengahkan diri di persisiran Tambak Johor, Danga Bay Johor. 


Dahulu balkhis pernah singgah di salah satu rumah ini mengikut kakak senior beraya di rumah rakan se projek mereka yang merupakan seorang arkitek di Johor Bharu. Katanya, beliau sengaja memilih jenis rumah ini kerana lebih selamat kerana jika dilihat dari luar ianya kelihatan usang dan disorok dek pokok-pokok renek yang menjalar hingga ke atap rumah. 


2) TANAH TINGGI MALAYSIA 



Cameron Highland

Tudor House juga boleh dilihat dan dihayati di tanah tinggi Malaysia. Ianya merupakan tinggalan penjajah Inggeris pada zaman dahulu. Di cameron highland, terdapat dua tempat boleh dilihat secara jelas senibina ini iaitu LAKE HOUSE dan SMOKE HOUSE.

Lake House , Cameron Highland

Lake House , Cameron Highland
Smoke House, Cameron Highland

Bergambar di hadapan Lake House 2 tahun yang lepas


Majoriti senibina rumah di Cameron adalah Tudor Style
 Klik All About Lake House & All About smoke House untuk lebih lanjut.




Bukit Tinggi / Bukit Fraser


Di Bukit Tinggi & Bukit Fraser juga kita boleh lihat senibina Tudor disini. Tapi balkhis belum lagi berpeluang pergi kedua tempat ni. 


InsyaAllah akan pergi juga satu hari nanti dan akan diupdate dalam blog.

La Colmar Tropicale, Bukit tinggi

Inside La Colma
Klik All About Al Colmar Tropicale, Berjaya Hill.
_________________________________________________________________


Hopefully dapat tinggal/menginap kat rumah ni satu hari nanti. 

"Mimpi adalah kunci untuk kita menakluk dunia".

SO DREAM BiG ;)

4 comments:

Khamiza-Khalisha said...

rumah cmni kalau dekat Malaysia kena tengok dekat tmpt sejuk byk la..

Caythrine Amanda said...

wah creative & style kan.. :)ikut budaya...

[sutera kasih] said...

kalau awk tak share pasal tudor house ni, tak la sy tau huhu..btw, cantik jgk tudor house tu kan..unik

balkhis said...

aha..slalunya senang nak tengok tudor house ni kat tanah tinggi...maybe sesuai dgn cuaca yg sejuk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...