Tarawih Pertama Ramadhan ini

Sunday, July 31, 2011
Tarawih pertama malam ini,
Syahdu, sedih, gembira, rindu,
Semua bercampur baur,
Ramadhan bakal menjelma esok.


Tarawih kali ini tanpa teman bernama Siti Fairus,
Sahabat seiringan ke surau,
Surau pilihan tentulah surau Desa Aman,
Tempat tarawih sejak dari 2009.


Saf-saf di surau penuh malam ini,
Dipenuhi dengan ibu-ibu, makcik-makcik, pakcik-pakcik, anak-anak,
Sungguh comel melihat kanak-kanak kecil perempuan berpakaian telekung,
Aksi mereka mencuit hati tatkala ia membetulkan sejadah ketika solat.


8 rakaat tarawih dilaksanakan malam ini,
Disusuli 3 rakaat witir,
Bacaan al-fatihah imam diselang seli dengan ayat-ayat lazim Al-Quran,
Gema selawat selepas salam bersahutan.


Adakah esok bakal menjadi tarawih kedua tahun ini?
Moga diberi kekuatan untuk melaksanakannya. Amin.


Fadhilat solat sunat tarawih

2 comments:

mizzura said...

selamat bertarawikh & salam ramadhan...

Marina said...

selamat berpuasa, selamat bertarawikh dan salam perkenalan dari Marina

www.marinafazli.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...