My Best Friend'S WeDDing

Tuesday, July 5, 2011


18 Jun yang lalu merupakan hari bahagia irene, sahabat baik sejak belajar degree di UTM dulu. Tetapi agak menyedihkan kerana kami rakan2 rapat aku, mai & wana tak dapat datang ke rumah pengantin perempuan disebabkan jarak yang jauh, TAWAU & kewangan masih belum mengizinkan.


Peluang menghadiri majlis bertandang irene ke rumah pengantin lelaki tidak kami lepaskan begitu sahaja. Majlis berlangsung di Sg. Lui, RAUB, pahang pada 2 Julai yang lalu. Tapi hanya aku & mai yang dapat pergi disebabkan wana tidak dapat cuti hari tersebut.


Perjalanan dari KL ke Raub mengambil masa hampir 2 jam menggunakan Genting Sempah Highway. Nasib baik dengan bantuan GPS kami berjaya sampai ke Raub walaupun ada satu bulatan di suatu kampung kami dah pusing empat kali.;)


 Jam 11.30 pagi kami selamat tiba di sungai lui dan terus ke butik tempat irene dan suaminya bersiap.


Sempat lagi ambil gambar baju pengantin kat butik pengantin
Our king & queen of the day
Meja santapan
US..mai..irene..me..not here wana
Akhirnya dapat juga tengok BBF pertama yang kahwin. Hopefully kahwin rakan-rakan yang lain pun dapat pergi juga nanti. Kami berangkat pulang jam 3.00 petang.


Next--->Our journey to Cameron HighlanD...


Disebabkan Sg. Lui berdekatan dengan Sg. Koyan, kami berdua secara tidak dirancang pun bergerak ke Cameron Highland menggunakan laluan Pos Betau. Laluan agak bengkang-bengkok tapi kurang berbahaya berbanding jalan Tapah-Cameron. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai ke Brinchang.
Klik menarik di Cameron Highland

Mai..posing kat TNB Brinchang

TUDO house


Selepas membeli-belah di pasar malam Brinchang (kebetulan kami datang hari Sabtu ada pasar malam hujung minggu), kami bergerak pulang ke Sungkai jam 6.00 petang. Memandangkan hari hujan, keadaan sedikit berkabus dan gelap. 


Pemandangan luar yang berkabus tebal
Hutan hujan tropika yang mendamaikan
Perumahan orang asli berdekatan Lata Iskandar
Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di Tapah jam 8.00 malam setelah melalui jalan yang berliku-liku selama hampir 2 jam. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Sungkai untuk bermalam di kampungku tersayang. 

'Nice Journey'. AD HOC sometime give us more adventurous experience than the planning one.







4 comments:

Anonymous said...

hehe..thanks akis n mai dtg..rs heppi sgt korg ad :D i love u girls!!!

balkhis said...

kalau kami x dtg, lagi kami rase terkilan sbb x dpt tolong ape2 masa kawen irene kat sabah...;)

Sarah said...

First2 nak komen kena gagau2 dulu cari mana nak komen. Rupanya catat ulasan..hehe. Orng yang g kenduri kawen tue bila lagi nak kawen?

balkhis said...

hehe...kami org melalui gune catat ulasan...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...