Let's Go to D Beach

Thursday, July 7, 2011


Laut...
Pantai yang cantik, 
Pasir yang putih,
Angin sepoi-sepoi bahasa, 
Indahnya....;)

Tempat yang paling ku sukai. PANTAI...


Dan sekarang duduk di KL pun kat PANTAI juga...Pantai Dalam ;)...
tapi lautnya tak ada...

Memori di pantai sejak 2010 hingga kini...



1st Bagan Lalang, GOLD COAST, SEPANG 1 Ogos 2010

Perjalanan dari KL ke Bagan Lalang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Keluar dari tol Nilai terus kearah Sepang. Ada satu lagi jalan alternatif iaitu melalui Klang. Tapi kami mengambil jalan ke arah PD. 


Bertolak jam  1 petang dan akhirnya kami sampai di sana jam 3 petang. Sesampai disana hujan renyai mulai turun. Tapi itu tak menghalang kami bergambar.


Lawa kan Pantai Bagan Lalang
Ni Golden Palm Tree Resort, semua chalet kat sini didirikan diatas air


Survey2 harga bilik dalam resort ni around RM400++. Mahal but very exclusive. Klik Golden Palm Tree Resort


Tak lepaskan peluang menulis diatas pasir. Pasir kat pantai ni halus2 dan mudah ditulis. Kami tulis ni pun guna kasut je. ;)


Fairus ---> Co-pilot
Me ---> pilot
Ketam pun ada
Picture collection of the day


Beautiful memory. Time ni pun pergi dengan housemate, Fairus. 
Sekarang dia dah pun berkahwin. Nak pergi lagi sekali dengan dia confirm dah tak boleh. Suami dia mesti dah tak bagi ;)...


2nd Port Dickson, Barchelorette HoliDay, 14-15 Mei 2011


Bila dah umur 25 tahun ni, ramai juga lah kawan2 yang plan nak kahwin. Jadi untuk celebrate hari-hari terakhir kebujangan mereka yang terlibat, kami pun berpakat nak bercuti beramai-ramai. Destinasi pilihan mestilah yang mudah dijejaki dan syok, Port Dickson. 

Kami ber6  (sepatutnya lagi ramai yang join tetapi disebabkan masalah jarak dan masa) menyewa apartment di Glory Beach Resort. 

Seperti biasa, aku dan irene (penganjur) bertolak dulu dari KL. Seawal 9.00 pagi kami dah keluar rumahku untuk bergerak ke PD. Setelah satu jam lebih kami tiba di Tol Seremban/Port Dickson. Seterusnya kami ambil lebuhraya direct ke PD. 


11.30 pagi kami dah tiba di Glory Beach Resort. Nak iheck in terasa awal pula. Jadi kami pun berjalan-jalan di Legend Water Chalet (sebenarnya kami nak tempah kat sini tapi sebab mahal & fikir2 utk bermalam sahaja tak perlu nak spend duit banyak2) yang kebetulan bersebelahan dengaan resort kami bakal bermalam.

LegenD Water Chalet
Klik Legend Water Chalets PD
Glory Beach Resort
Klik Glory Beach Resort

Jam 12.00 kami dapat check in masuk apartment. Seronok sebab kami conquer dulu bilik-bilik sambil menunggu rakan-rakan yang lain sampai dari Johor, Melaka & Seremban.

Ni gambar2 menarik kami di sana.

Kaki kami yang cantik



“Don't grow up too quickly, lest you forget how much you love the beach.”
-- Michelle Held
L.O.V.E <3 My FrienDs

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...