Our Treat 'Korean Dishes At B STATION'

Friday, July 1, 2011

Mesti ramai suka tengok cerita Korea kan. Sebabnya tak kerana heronya hensem dan macho mestilah juga heroin cun-cun & cute belaka. Bila dah minat cerita Korea ni mestilah kita pun nak explore culture & makanan mereka. 

So, makan malam semalam aku & housemate2 telah berjaya merasa masakan Korea. Recommended dari kawan housemate, kami berempat bergerak ke Ampang Waterfront jam 9.oo mlm menggunakan highway AKLEH. Restoran yang ktorg pergi ini berhampiran dengan OldTown White Coffee.

Firstly, tercari-cari juga mana B Station ni, nasib baiklah ada pamplet & peta bekalan waktu-waktu genting. 

Logo B Station
Akhirnya kami sampai jam 9.30. Masuk sahaja kedai ini, terpana sekejap kami. Mata tak henti-henti pandang kiri kanan depan belakang. Interior design nya sangat unik tak macam restoran biasa. Macam English style pun ada. Keadaan seolah-olah dalam rumah sendiri dengan langsir-langsir, pasu-pasu, almari-almari berwarna lembut & pencahayaan yang ceria & tenang.

Tempat makan
Hiasan dinding
Pintu masuk
Bila dan pergi restoran, mestilah kita makan kan. Banyak juga menu yang ada di B station ni.


B Station's Menu



 Harga makanan kat B Station ni pun agak berpatutan & majoriti harganya bawah RM15.00. Disebabkan keterujaan kami berempat nak makanan Korea, jadi kami telah memesan berlainan hidangan. Biar puas hati untuk rasa semua. Kebanyakan makanan mentah disini originally dari Korea. 


Ni air yang kami pesan, 3 mixs fruit juisce & 1 red date tea
Makanan yang kami pesan ddokbokki, ramen, softbeancurd & kimbap
Kimchi jeruk popular Korea macam sambal belacan kita
Softbeancurd soup -- > rasa ala2 sup mee bandung
DDokbbokki, wajib try
Side dish yang boleh refill ---> almost macam rasa jeruk
Kimbap --> rasa macam sushi biasa
 Owner kedai ni adalah rakyat Korea Mr Lee@Uncle John yang dah 22 tahun menetap di Malaysia. Sangat pemarah dan tak lokek dengan cerita dan pengalamannya di Malaysia siap bercerita mengenai anak lelakinya yang berumur 26 tahun dan 22 tahun (ada can lah nampaknya) ;p. Mr Lee merupakan penulis suratkhabar bahasa Korea untuk komuniti rakyat Korea di Malaysia dan baru setahun membuka B Station. Time ni juga kami practise sedikit bahasa Korea seperti Kamsahamida. 


Kami, bergambar dengan Mr Lee
Outside garden, belakang restoran, santai 
Bergambar lagi dalam restoran
Owner restoran yang sporting
Dah lepas makan boleh bersantai baca komik
 Dah pun pukul 11.00pm. Masa untuk balik sebab esok kena kerja. Apa-apa pun B Station akan dijengahi lagi. Lepas ni nak cuba coffee nya pula. Mr Lee kata coffee di restorannya salah satu yang terbaik di Malaysia. We will look and taste later. Untuk yang berminat nak singgah restoran ni jangan lupa untuk rasa ddokbbokki & softbeansurd soup. InsyaAllah kedai ni halal & tukang masaknya juga orang Indonesia.













0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...