25 around the corner

Saturday, July 16, 2011
WHEN WE ARE

WHAT WE THINK ABOUT OUR LIFE TODAY??

Apa yang kan kita fikirkan bila kita bakal menjangkau umur 25. (actually its me)


1) KERJAYA TETAP

Pada umur 23@24 kita akan habis belajar (bagi yang ambil ijazah). Semestinya lepas tu kita akan cari pekerjaan. Untuk yang dah capai umur 25 dan dah dapat pekerjaan tetap dan sesuai dengan jiwanya amat bertuahlah baginya.




2) ASET

 KERETA 

Bila dah kerja mulalah nak kumpul aset sendiri. Kereta confirm jadi aset pilihan pertama yang beli sebab nak gerak ke tempat kerja @ nak makan angin senang sikit. Yang kerja gaji besar, besar lah keretanya yang gaji cukup-cukup makan je, kancil tetap di hati. ;)
RUMAH

Bertuahnya orang ni. Muda-muda dah dapat beli rumah sendiri. Loan pun dah lepas tak perlu risau. Jeles betul dengan diaorang ni. Agaknya mereka ni memang kerja kuat, berbaloi lah hasil titik peluh diarong ni.


3) BALAS JASA MAK AYAH

Dah ada kerja, kereta & rumah jangan lupa pulak pada jasa mak ayah. Fikir-fikirkan apa yang kita dah lakukan sepanjang kita kerja. Ada tak bagi bulan-bulan duit kat mereka. Walaupun sedikit sekurang-kurangnya kita ingat pada mereka. Kalau diikutkan sebenarnya, jasa mak ayah yang besarkan kita memang tidak terbalas dengan wang ringgit pun. Yang penting ingatan kita pada mereka. BALIKLAH KAMPUNG selalu. ;)

4) CINTA & PERKAHWINAN

DONT LAUGH BUT THIS IS TRUE RIGHT. Umur 25 majoriti mesti dah jumpa  soul mate masing-masing. Yang dah jumpa tu Alhamdulillah. Yang belum, JOM cari sama-sama. ;)



Normally umur 25 ni, ramai yang nak tamatkan zaman bujang. Betul juga. Sesuai sebenarnya umur 25 nak kahwin. Nak kata muda tak muda, nak kata tua tak tua kan. Kerja dah ada, kereta dah ada, rumah ada, tapi rasa sunyi. So, cepat-cepatlah kahwin. Kahwin kan sunnah.







 5) PERCUTIAN IDAMAN




- Masa belajar dulu, mesti korang duk mengidamkan percutian idaman kan. So, siapa yang duitnya sekarang lebih-lebih tu, apa lagi bolehlah pergi melancong. Me, erm not yet. ;(
___________________________________________________________________________

Lastly, sebenarnya segala yang diatas adalah perkara yang terlintas dalam fikiran balkhis sendiri sebagai wakil seseorang yang bakal umur berangka 25. Tapi rasanya tidak salah apa yang balkhis fikirkan kan . 


Walau apapun, yang penting hidup mesti diteruskan. Untuk rakan-rakan yang mana perjalanan yang masih tergendala, masa masih ada lagi, InsyaAllah jika umur masih dipanjangkan. Yang penting kita kena bersyukur apa yang telah kita kecapi hari ini.



2 comments:

Anonymous said...

Thanks for the feedback. Singles populace is just one particular issue we deemed in analyzing leading
cities. As mentioned, work opportunities carried a lot
more excess weight, as did price of residing.

Also visit my web blog: Building self confidence Women

Anonymous said...

Hi everyone, it's my first go to see at this site, and paragraph is truly fruitful for me, keep up posting such articles or reviews.

Feel free to visit my site; vigrx plus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...