Tarawih Pertama Ramadhan ini

Sunday, July 31, 2011
Tarawih pertama malam ini,
Syahdu, sedih, gembira, rindu,
Semua bercampur baur,
Ramadhan bakal menjelma esok.


Tarawih kali ini tanpa teman bernama Siti Fairus,
Sahabat seiringan ke surau,
Surau pilihan tentulah surau Desa Aman,
Tempat tarawih sejak dari 2009.


Saf-saf di surau penuh malam ini,
Dipenuhi dengan ibu-ibu, makcik-makcik, pakcik-pakcik, anak-anak,
Sungguh comel melihat kanak-kanak kecil perempuan berpakaian telekung,
Aksi mereka mencuit hati tatkala ia membetulkan sejadah ketika solat.


8 rakaat tarawih dilaksanakan malam ini,
Disusuli 3 rakaat witir,
Bacaan al-fatihah imam diselang seli dengan ayat-ayat lazim Al-Quran,
Gema selawat selepas salam bersahutan.


Adakah esok bakal menjadi tarawih kedua tahun ini?
Moga diberi kekuatan untuk melaksanakannya. Amin.


Fadhilat solat sunat tarawih

Pakej Berbuka Puasa 2011 sekitar KL

Saturday, July 30, 2011
Bulan puasa bakal menjengah satu hari sahaja lagi.
Mesti ramai yang sibuk menyiapkan diri menghadapi bulan yang mulia ini.
Surirumah, isteri2, suami2 pun mesti sekarang tengah membeli barang keperluan berbuka dan bersahur nanti.
Tak kurang juga yang dah berangan-angan nak berbuka di mana bila bulan puasa ni.
Macam kat ofis balkhis juga.


Dah mula bising-bising berbincang nak berbuka puasa beramai-ramai.


Kalau nak ambil pakej berbuka puasa di Hotel kat area KL ni mesti mahal.
Jadi pilihan yang tepat adalah dengan mengambil buffet dari restoren-restoren 3 star ++.


Kalau ikutkan memang mahal dan membazir pula bila fikir perlu spend duit untuk berbuka mahal-mahal tapi bila sekali sekala je apa salahnya kan....reward ourself sambil merapatkan silaturahim sesama staff ;)


Survey-survey antara tempat menarik yang telah di'google' adalah :


Klik pada gambar untuk ke website restaurant.


1)Kunang-kunang Restaurant, Gombak



2) Songket Restaurant, Jalan Yap Kwan Seng, KL




Boleh tengok menu menarik di SINI


3) PAnnaz BBQ Restaurant, Damansara Perdana



4) Seoul Garden, Plaza Pantai, Kerinchi


5) Restaurant Rebung, Bangsar


6) Bumbu Desa, KLCC


7) Restoren Nelayan, Titiwangsa



8) Tupai-tupai


waktu berbuka puasa Kuala Lumpur 2011

Friday, July 29, 2011
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 1432 H / 2011 M bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur . Putrajaya & kawasan2 sewaktu dengannya.

Klik pada gambar di bawah






Fadhilat Solat Sunat Tarawih

FADHILAT SOLAT SUNAT TARAWIH


Sayidina Ali Abi Talib r.a meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah s.a.w iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda yang maksudnya,

MALAM KE
FADHILAT
1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya
3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semuga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka
4
Memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang menbaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran
5
Dikurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Majidil Aqsa
6
Dikurniakan pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa agar diampunkan dosa-dosanya
7
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolongnya itu menentang Fir’aun dan Hamman
8
Dikurniakan pahala sebagaimana pahala yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim a.s
9
Dikurniakan pahala serta diangkat ibadahnya seperti Nabi Muhammad s.a.w
10
Dikurniakan ke atasnya kebaikan hidup di dunia dan akhirat
11
Meninggal dunia di dalam keadaan seperti ia baru dilahirkan
12
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan mukanya bercahaya
13
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan
14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikannya serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkannya
15
Malaikat-malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan memohon agar Allah S.W.T mengampunkannya

Puasa, Pengertian, Syarat-syarat, Rukun & Perkara yang Membatalkan


Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”


Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

Pengertian Puasa

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Syarat Wajib Puasa

·         Berakal
·         Akhir Baligh (Cukup umur)
·         Kuat atau mampu mengerjakan puasa

Ingatan bersama sempena Ramadhan

Thursday, July 28, 2011

Banyak perkara yang menyeronokkan tetapi mendatangkan keburukan dalam hidup kita. Ada beberapa perkara yang mesti dielakkan untuk menjamin kesejahteraan hidup, antaranya :



ETS - my journey from KL to sungkai

Wednesday, July 27, 2011
ETS train Ipoh-KL-Seremban route
Yeah!!


Dapat balik kampung. Seronoknya. Melepaskan bebanan kerja. Hilangkan penat berfikir.


Hari ni balik kampung dengan ETS KTM. Malas nak drive. Lagipun dah hujung-hujung bulan  ni poket dah makin kosong.hehehe. 











Ranking Universiti di Malaysia 2011

Wednesday, July 20, 2011
World Rank                Name                          Country Rank

629Universiti Sains Malaysia        1 

694Universiti Teknologi Malaysia        2 

731Universiti Kebangsaan Malaysia        3 

771Universiti Putra Malaysia        4 

788University of Malaya        5 

995Universiti Malaysia Perlis        6 

1126Multimedia University        7 

1133Universiti Teknologi Mara        8 

1344Universiti Malaysia Pahang        9 

1491International Islamic University of Malaysia *        10 


Nisfu Syaaban : Amalan dan Kelebihan

Sunday, July 17, 2011


AMALAN DI MALAM NISFU SYAABAN
Apabila telah selesai solat maghrib kata Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful Maarif) hendaklah dibaca “Yasin” dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan doanya.

25 around the corner

Saturday, July 16, 2011
WHEN WE ARE

WHAT WE THINK ABOUT OUR LIFE TODAY??

Apa yang kan kita fikirkan bila kita bakal menjangkau umur 25. (actually its me)


1) KERJAYA TETAP

Pada umur 23@24 kita akan habis belajar (bagi yang ambil ijazah). Semestinya lepas tu kita akan cari pekerjaan. Untuk yang dah capai umur 25 dan dah dapat pekerjaan tetap dan sesuai dengan jiwanya amat bertuahlah baginya.



TUDOR House

Sunday, July 10, 2011


Rumah Minangkabau...
Rumah Pahang...
Rumah Gadang...
Rumah Limas (Johor)...
Rumah Melaka...
Rumah Kutai (Perak)...
Rumah Bajau (Sabah)...
Rumah Melanau (Sarawak)...


Ini semua jenis-jenis rumah tradisi di Malaysia.


Tapi kali ini balkhis ingin bercerita sedikit mengenai satu jenis rumah Eropah yang kini telah meluas dilihat / dibina di Malaysia iaitu TUDOR HOUSE.

Basic view Tudor House Cartoon

Let's Go to D Beach

Thursday, July 7, 2011


Laut...
Pantai yang cantik, 
Pasir yang putih,
Angin sepoi-sepoi bahasa, 
Indahnya....;)

Tempat yang paling ku sukai. PANTAI...


Dan sekarang duduk di KL pun kat PANTAI juga...Pantai Dalam ;)...
tapi lautnya tak ada...

Memori di pantai sejak 2010 hingga kini...

My Best Friend'S WeDDing

Tuesday, July 5, 2011


18 Jun yang lalu merupakan hari bahagia irene, sahabat baik sejak belajar degree di UTM dulu. Tetapi agak menyedihkan kerana kami rakan2 rapat aku, mai & wana tak dapat datang ke rumah pengantin perempuan disebabkan jarak yang jauh, TAWAU & kewangan masih belum mengizinkan.


Peluang menghadiri majlis bertandang irene ke rumah pengantin lelaki tidak kami lepaskan begitu sahaja. Majlis berlangsung di Sg. Lui, RAUB, pahang pada 2 Julai yang lalu. Tapi hanya aku & mai yang dapat pergi disebabkan wana tidak dapat cuti hari tersebut.

Our Treat 'Korean Dishes At B STATION'

Friday, July 1, 2011

Mesti ramai suka tengok cerita Korea kan. Sebabnya tak kerana heronya hensem dan macho mestilah juga heroin cun-cun & cute belaka. Bila dah minat cerita Korea ni mestilah kita pun nak explore culture & makanan mereka. 

So, makan malam semalam aku & housemate2 telah berjaya merasa masakan Korea. Recommended dari kawan housemate, kami berempat bergerak ke Ampang Waterfront jam 9.oo mlm menggunakan highway AKLEH. Restoran yang ktorg pergi ini berhampiran dengan OldTown White Coffee.

Firstly, tercari-cari juga mana B Station ni, nasib baiklah ada pamplet & peta bekalan waktu-waktu genting. 

Logo B Station
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...