BUNTAL

Sunday, November 16, 2008


Langkahku tiba2 terhenti. Terasa seperti sesuatu terlanggar dengan perutku yang agak boroi ini. Sudah banyak kali ku berusaha untuk mengurangkan lemak dibahagian perutku, tapi apakan daya nafsu makanku mengatasi niatku yang murni ini. Ada juga orang yang salah anggap aku ini sudah menjadi bapa orang.
Tiba2 kurasakan t-shirt yang kupakai ini sudah mula basah dibahagian perut.
“Hei! Buta ke apa? Sukati je langgar orang lepas tu tak mintak maaf,”jerkah ku pada seorang gadis yang tingginya cuma separas dadaku memegang satu cawan air yang berwarna coklat. Dapat kulihat riaksi mukanya yang terkejut seakan ingin manangis. Beberapa orang gadis, barangkali rakan2nya sudah menapak beberapa langkah dari kami. Barangkali juga terkejut mendengar suara sang Buntal ini.

 “Ee..ee…maafkan saya, saya tak perasan ada orang dibelakang saya tadi,” balasnya tergagap-gagap tunduk memandang kebawah. Tidak berani memandang mataku. Mana taknya, t-shirt putih yang kupakai sudah bertukar corak seperti baju Hawaii bezanya ada tompok coklat dibahagian perut. Cepat2 gadis tersebut mengeluarkan tisu dari poketnya lantas menghulurkan kepadaku.
“Wei, ko ingat tisu dapat hilangkan kotoran degil ni ke?,”tersentak gadis kecil itu menerima jerkahan ku.
“Aku nak ko ganti balik baju yang aku pakai,”balasku lagi saja mengusik. Tak terniat pun dihati menjadi sekejam ini. Tapi entah kenapa didepan gadis itu idea nakalku menerjah. Shafiq disebelahku menggaru kepala yang tidak gatal. Mungkin masih bingung dengan eksiden yang berlaku didepan matanya sebentar tadi.
“Erm…awak tunggu kejap ye,”balas gadis itu tergagap-gagap. Tidak sempat aku mengeluarkan kata2 gadis itu telah hilang dibalik orang ramai yang lalu lalang di pasar malam itu.
Tidak sampai 3 minit tiba2 gadis itu muncul kembali bersama rakan2nya. Ada sebungkus plastik digenggamnya dan terus menghulurkannya kepadaku.
“Apa ni?”tanyaku dengan nada sedikit mengendurkan.Terkejut dengan tindakan yang drastik. Rupa2 nya perkataan yang keluar dari mulutku tadi diambil serius.
“T-shirt, ganti yang sekarang,” balasnya sambil menjuih mulut kearah bahagian perutku. Dan dalam masa yang sama aku membuka bungkusan itu, t-shirt berwarna putih, dengan perkataan cina ‘Wo Ai Ni’ dibahagian dada. Tapi kemarahanku naik semula bila kulihat saiz baju itu adalah L bukan saiz ku yang seperti buntal ini triple XL. Seolah memerliku.
Bila mulutku ingin menghamburkan kemarahan yang sengaja diledakkan, tiba2 baru keperasaan keempat2 gadis itu sudah hilang di pandangan kami. Ku pandang sebelah, Syafiq hanya mengangkat bahu.
------------------------------------------------------------------------
Gambar yang berada ditanganku kutatap tanpa berkedip. Macam tidak percaya apa yang kulihat sekarang. Ibu yang sejak tadi duduk disebelah ku kehairanan.
“Kenapa Mir, hang tak berkenan ke?Kalau hang tak berkenan jugak ibu dah tak mau tolong hang dah,hang carilah sendiri” tiba2 ibu menyapa.
“Xdelah ibu, Amir rasa macam Amir pernah jumpa je budak ni, tapi kat mane ye…,”balasku tersengih.
“Ishh, apa pulak panggil budak, dah 23 tahun dah, muda 4 tahun dari hang Mir,” ibu membalas. “Sekarang dia tengah posting mengajar kat Shah Alam. Kalau hang berkenan boleh ibu bawak hang nanti jumpa dia. Ibu dah lama berkenan dengan anak Mak Esah ini, sejak hang belajar lagi lagipun dia belum berpunya,” terang ibu panjang lebar.
“ Erm ok je ibu, kalau hantar rombongan meminang sekali pun takpe,”balasku sambil mengenyit mata. Terasa satu cubitan hinggap dipahaku. “Gatai hang nak berbini ye,” balas ibu seraya tersenyum. Tiba2 wajah itu bermain di fikiranku.
----------------------------------------------------------------------------
Usai sahaja makan tengah hari di rumah Makcik Esah, aku memohon kebenaran membawa Hanim keluar. Pertama kali keluar bersama selepas sebulan berbalas sms dan telefon dan inilah juga kali pertama aku berjumpa dengannya selepas peristiwa 2 tahun lalu. Walaupun sudah lama berlalu, masih ku ingat wajahnya dan wajah itu selalu menyinggah lena malam2 ku usai sahaja istikarah. Bukan tidak pernah mencuba untuk mencarinya, tetapi desakan kerja sebagai eksekutif kewangan dan masa yang tidak menentu menyebabkan akhirnya pencarianku menemui jalan buntu.
Tetapi tidak kusangka, gadis yang kucari 2 tahun lalu rupanya sangat hampir dengannya dan merupakan dua pupuku. Salahku juga bila ada majlis keramaian selalu ku mengelak dan akhirnya peluang yang berada didepan mata nyaris terlepas.
Kesibukan kerja juga menyebabkan diriku tidak mempunyai masa memikirkan hal jodoh dan ibulah menjadi agen mancari jodohku. Dan ini adalah kali yang ketujuh pencarian jodohku oleh ibu. Yelah memilih bakal isteri ni bukan macam pilih ikan kat pasar kan, kenalah ada kriteria yang diidam-idamkan. Takut nanti akhir kemudian aku jugak yang gigit kuku.
-------------------------------------------------------------------------------
“Em..em…Assalammualikum,”lamunan ku terhenti bila telingaku disapa oleh suara Hanim yang duduk dibahagian penumpang sebelahku.
“Waalaikumsalam, ohh, ingatkan bisu tadi, “balasku mengusik. Memang sakatku tidak lepas walaupun didalam telefon dan kini ‘face to face’ pulak.
“Saya senyap sebab awak senyap”, balasnya sepatah.
“Yelah2, saya mintak maaf banyak2 sebab tak perasaan awak tadi almaklumlah awak ni kecik sangat,”usikku lagi. Dapatku lihat mukanya mula merona merah. Marah atau malu barangkali.
“Yelah2…sorry2 saya salah,”pujukku ku. Satu senyuman terukir diwajah.
“Awak nak bawak saya kemana ni?, soalnya.
“Wait and see, awak tahu lah nanti,”seraya tanganku memegang stereng membelok kearah kanan. Jam sudah menunjukkan angka 5 petang. “Mesti dah bukak,”omelku dalam hati.
-------------------------------------------------------------------------------
Matanya seperti meminta jawapan dariku. Sudah 10 minit kami berdiri didepan gerai menjual air minuman di pasar malam itu. Nasib baik pelanggan yang datang kurang. Kalau tak mesti orang naik hairan melihat kami berdua serius berdiskusi ditengah laluan.
“Tak ingat?,Tanya ku lagi. Hanim hanya menggeleng.
“Buntal, air milo, 2 tahun lepas? Mulutnya mengulang kata2ku.
“Aha,”balasku.
Tiba2 Hanim tersenyum, “Awak ke buntal tu?tanyanya. Aku menggangguk beberapa kali beriya-iya.
“Betul ke ni? tapi awak dah….,”ujarnya lagi namun sempat ku memotong ayatnya.
“Ye memang pun, saya dah kuruskan? Awak ingat tak t-shirt yang saya pakai ni?, Tanya ku lagi.
“Ermm…sebenarnya saya dah lama perasan sejak kat rumah lagi. Tapi yelah t-shirt tu kan banyak kedai jual,”balasnya.
“Awak tahu tak t-shirt ni yang jadi pembakar semangat saya untuk kurus. Sejak saya jumpa awak 2 tahun lepas, saya asyik teringat kat awak je. Seronok tengok muka awak yang tengah ‘blur’ bila saya marah awak tumpahkan air kat baju saya,”terangku. Hanim terpegun mendengar penjelasan ku.
“Saya bertekat satu hari nanti saya pasti akan dapat menyarung t-shirt saiz L ni dan tayangkan didepan awak, dan akhirnya bukan sahaja niat saya termakbul malah dapat orangnya sekali,” luahku sambil memandang wajah Hanim yang semakin ‘blur’ memikirkan sesuatu itu.
“Tapi tak tahu pulak saya, t-shirt yang saya beli saiz L, tengok besar je terus saya sambar sebab takut tengok muka awak yang dah macam nak telan orang je,” balas Hanim.
Aku memandang wajahnya. Sweet sekali seperti wajah yang pernah kulihat 2 tahun lalu dan bezanya kini aku yang seperti buntal dahulu telah berubah menjadi jejaka pujaan ramai. Hehe. Masuk bakul angkat sendiri lah pulak.
Dalam masa yang sama kudekatkan diriku ketelinganya seraya berbisik “Terima kasih Hanim,” seraya menunjukan perkataan yang tertera di bahagian dadaku ‘Wo Ai Ni’. Dapat kulihat reaksi mukanya yang terkejut dan perlahan-lahan kelihatan ada titik air jernih terharu mengalir dipipinya.
Dan aku tahu aku tidak bertepuk sebelah tangan kerana ketika Hanim meminta diri membeli sesuatu untuk ibunya di kedai bunga, sempat ku menjengah telefon bimbitnya yang ditinggalkan dalam kereta. Tanganku ini memang gatal.
Dan mataku tertangkap pabila membuka peti simpanan sms dan tertera ‘My lovely future hubby’ dibahagian sender mesej2 yang kukirim padanya.
Buntal…oh…buntal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...