SALAH SIAPA

Sunday, November 16, 2008

my 2nd cerpen


“Abang minta maaf banyak2 Iman, abang tidak tahu apa yang abang perlu buat sekarang,” sudah berapa kali Khairul mengulang kata2 maaf nya. “Abang buntu, Iman tolonglah dengar penjelasan abang,” ulangnya lagi.

Aku hanya menyandar pada dinding yang memisahkan kami berdua. Hanya tingkap yang menjadi penghubung antara kami. Dapat kudengar esakan diselangi ucapan maaf darinya berulang kali. “Tiada lagi apa2 antara kau dan aku, pergilah balik sekarang. Cukuplah apa yang kau dah buat padaku dan mulai sekarang kita tidak ada apa2 hubungan lagi,” ucapku tegas menahan air mata yang semakin laju mengalir dipipi.

Sampai hati kau Khairul, mana janji2 manisnya terhadap ku suatu masa dulu. Janji mendirikan mahligai bersama, sama2 melihat anak2 membesar didepan mata dan yang paling memeritkan semua ini terjadi tika tarikh perkahwinan kita tinggal beberapa minggu sahaja lagi.

Sudah beberapa kali ku bersabar dengannya, dan ketika semalam kesabaran ku sudah ditahap yang tidak dapat dikawal lagi. Masakan tidak, sudah berkali2 dia berjanji tidak mengulangi perbuatannya dahulu, namun jelas kejadian semalam menafikan segala-galanya. Sudahku katakan, jika ingin memilih diriku Kak Amira perlu ditinggalkan. Tetapi ternyata kemesraan antara mereka berdua ketika berjalan di kompleks membeli belah itu menyaksikan masih tiada kata putus darinya.

Kenapa dia perlu begitu tamak, susahkah memilih antara dua, antara aku dan Kak Amira. Akhirnya aku sendiri memberi kata putus, kita ‘putus’. Itulah ayat terakhir yang keluar dari mulutku ketika perbalahan siang tadi. Dan tadi hilang egonya sebagai seorang lelaki bila hadirnya dikediamanku memohon kemaafan diselangi tangisan. Mudah sangat kau menangis Khairul. Jika dahulu aku akan menjadi cair, tetapi hari ini tidak lagi. Hati ini telah keras, keras untuk menerimanya kembali. Sabarlah wahai hati.

-----------------------------------------------------------

Seperti biasa setiap hari aku akan membantu doktor yang bertugas melawat pesakit2 di wad wanita ini. Namun, rutinku hari ini lain dari hari2 yang biasa kerana perlu menemani Dr. Amar ke wad pesakit ICU.
Satu per satu katil kami lawati, dari pesakit yang kritikal disebabkan kemalangan tak kurang juga yang sakit disebabkan penyakit yang dihidapi mereka. Ada ketikanya hati ini seakan tersentuh bila melihat pesakit yang hanya bergantung dengan alat pernafasan tak kurang juga yang hilang anggota badannya. Tetapi tugas yang kugalas sebagai jururawat sejak 4 tahun lalu mengajarku erti kesabaran dan ketabahan sebagai seorang manusia yang dilahirkan untuk membantu insan2 yang memerlukan.

Tiba2 langkahku terhenti bila kakiku menapak di katil pesakit yang terakhir, memang sangat kukenali wajah itu. Walaupun sudah 5 tahun berlalu, tetapi wajah itu masih kuingat sehingga kini, Kak Amira wajah seorang insan yang menagih kasih sepertiku juga dikala itu. Tidak pernah terniat dihatiku, memanggil Kak Amira musuhku kerana perpisahan yang dahulu kurasakan berpunca dari Khairul. Tidak tegas seolah-olah mengambil kesempatan antara dua hati wanita ini. Usai sahaja Dr.Amar membaca rekod yang tertera di pejuru kepala katil aku memandang sekilas kearah Amira, sakit apakah dia sehingga berselirat sekali wayar di tubuhnya dan semuanya terjawab bila Dr. Amar menyatakannya, Leukimia tahap kritikal.

Dapat kubayangkan keperitan yang ditanggung Kak Amira. Dari raut wajahnya yang pucat itu dapat kulihat dia seakan terseksa dan rambutnya yang dibiarkan terdedah kini semakin gugur hampir kelihatan permukaan kepalanya.

Ketika mahu melangkah ke wad seteruskan, mataku tertangkap kepada seseorang. Seseorang yang pernah kurindui. Debaran di jantung menjadi tak keruan. Namun dapat ku kawal memandangkan tika ini waktu bertugasku. Sekilas ku lihat di dukungannya seorang kanak2 perempuan lebih kurang 3 tahun usianya. Riak diwajahnya juga mempamirkan rasa terkejut melihatku. Dia mula mengatur langkahnya kearahku, tetapi cepat2 ku membontoti Dr. Amar yang sudah menapak beberapa langkah.
“Iman tunggu,” suara Khairul dapat kudengar separuh menjerit. Namun kuteruskan langkahku tanpa memandang kebelakang lagi.

------------------------------------------------------------

Selesai sahaja waktu bertugasku, segera aku menjenguk wad dimana Kak Amira ditempatkan. Katanya ingin berjumpa denganku, begitulah seperti yang diberitahu oleh Kak Mas, jururawat yang menjaga Kak Amira sepanjang komanya. Dan selama lebih seminggu Kak Amira koma, akhirnya semalam dia membuka mata dan akulah orang pertama yang diberitahu oleh Kak Mas mengenai keadaannya kerana Kak Mas mengetahui hubungan antara diriku, Kak Amira dan Khairul.

Semalam Kak Amira hanya mampu membuka mata, namun hari ini dia sudah boleh tersenyum. Senyumannya manis sekali seperti bayi yang baru lahir. Namun belum sempat aku mengeluarkan kata2, tiba dada Kak Amira bergolak kencang. Segera kutekan loceng kecemasan. Tiba2 tanganku digenggam kemas oleh Kak Amira sambil meletakkan sampul surat berwarna coklat kedalam genggamanku. Dan akhirnya, lena Kak Amira yang panjang itu dipangkuanku diiringi kalimah syahadah yang sempat ku titipkan ditelinganya, wanita yang pernah berkongsi kasih denganku dan aku sendiri yang rela mengundur diri. Tanpa kusedari ada sepasang mata yang turut menangisi pemergian Kak Amira, Khairul yang telah lama berdiri dibelakangku. Esakan kecilnya dapatku dengari. Kanak2 perempuan yang kulihat seminggu dahulu sudah lama menangis memanggil-manggil ibunya bangun. Kesian anak ini.

-------------------------------------------------------------------------
Khairul memandangku tanpa berkelip. Seolah2 tidak percaya dengan kata2 ku. Lamarannya kuterima bersahaja seolah tiada kata dua dariku. Ainun sudah lama lena dipangkuanku. Sejak kematian ibunya setahun yang lalu, aku semakin rapat dengan anak ini. Walaupun luka dahulu masih bersisa, namun tiada sekelumit dendam pun dihati ini. Lebih2 lagi melihat wajah anak kecil yang tidak berdosa ini. Masih terkenang isi kandungan surat yang diberi oleh Kak Amira ketika diakhir hayatnya itu.

-------------------------------------------------------------------------
Buat Iman,
Pertama sekali, akak memohon berjuta kemaafan dari Iman diatas apa yang berlaku diantara kita sebelum ini.

Iman, Khairul tidak bersalah dalam hal kita ini. Khairul tersepit antara mahu memilih akak atau Iman 5 tahun dahulu.

Iman, akak dah lama tahu akak tak akan hidup lama. Tetapi selepas berjumpa dengan Khairul akak rasakan seperti akak hidup kembali. Seolah mengecap kebahagiaan yang telah lama akak idamkan. Namun, rupanya akak silap. Rupanya hatinya telah dicuri Iman. Namun akak tamak, akak memaksanya memilih diri ini.

Khairul tersepit antara cintanya bersama Iman dengan belas kasihan kepada diri akak. Akak tahu akak yang salah, tamak menagih kasih seorang lelaki biarpun tahu ianya cuma belas kasihan sahaja. Akhirnya akak sendiri yang merana. Merana kerana tahu didalam hatinya cuma ada Iman.

Iman, jika diizinkan akak ingin menebus kesalahan lalu, tapi apakan daya penyakit yang dahulunya dapat dilawan seperti membalas dosa akak terhadap Iman dahulu.

Iman, terimalah Khairul kembali. Walaupun didepan akak dia tersenyum tetapi dihatinya menangis. Akak tahun. 4 tahun menyulam kasih umpama seperti bertepuk sebelah tangan sahaja Iman. Iman yang dia nantikan bukannya akak. Akak menderita kerana merampas seseorang yang bukan milik akak.
Terimalah dia kembali Iman. Itu sahaja pesanan akak.

Yang benar,
-Amira-

-------------------------------------------------------------------------------

Ternyata aku silap membuat caturan terhadap Khairul .Sesungguhnya dia lelaki yang mulia yang pernah kutemui. Sanggup menghancurkan kebahagiaan diri sendiri demi belas kasihan walaupun aku turut merasai tempiasnya. Dan akhirnya hidup ini seumpama perjalanan yang kembali ke landasannya semula.

Terima kasih Khairul, terima Kak Amira kerana membuatkan diriku lebih matang menghadapi kehidupan ini. Buat Khairul telah lama kumaafkan dirimu.


1 comments:

LeaQistina said...

salam ziarah dan salam perkenalan buat balqis..

tahniah kerana telah berjaya menghasilkan karya2 yang menarik..

citer salah siapa ni menarik.. tp agak pendek dan pantas.. kalau cerpen ni dipanjangkan dan disulami pula dengan dialog2 yang menyentuh perasaan, lea rasa jalan citer ni akan menjadi lebih berkesan..

tp walau apa pun.. tahniah lea ucapkan.. lea akan terus nntikan lagi citer2 dr balqis ye..

daa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...